1MDB Akan Kemuka Respon Terhadap Permohonan Timbang Tara

Diterbitkan: Jumaat, 17 Jun 2016 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: 1MDBakan memfailkan respon kukuh terhadap  Permintaan Timbang Tara (RFA) pada atau sebelum tarikh akhir 11 Julai, 2016 sepertimana ditetapkan oleh Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, 1MDB turut menyuarakan keyakinan terhadap kedudukannya dari segi undang-undang.

Malah, syarikat pelaburan strategik itu turut melantik firma guaman, WeilGotshal  and  Manges(WeilGotshal) bagi mewakilinya dalam pertikaian antaranya dengan InternationalPetroleumInvestmentCo(IPIC).

"WeilGotshaladalah firma guaman terkemuka di peringkat global dengan kepakaran termasuk dalam litigasi antarabangsa," kata syarikat itu.

1MDB berkata ia menerima RFA bertarikh 13 Jun, 2016 oleh pihak IPIC dan AabarInvestmentsPJS (Aabar) membabitkan pertikaiannya dengan IPIC.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: 1MDB , timbang tara , IPIC

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan