Sime Darby Property Kerjasama Dengan KYS Education

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2016 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd bekerjasama dengan KYS Education Group untuk menubuhkan KYS International School di kawasan pembangunan bersepadu KL EAST.

Sime Darby Property dalam satu kenyataan hari ini berkata pihak-pihak terbabit telah memeterai perjanjian yang menggariskan rancangan pajakan tanah jangka panjang antara pemaju dan penyedia pendidikan, bagi penubuhan sekolah antarabagsa di tapak seluas 2.43 hektar yang terletak berdekatan Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur.

"Sebaik sahaja siap kelak KYS International School mampu menampung sehingga 900 pelajar dan akan menyediakan pendidikan pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah mengikuti Kurikulum Baru Sekolah Menengah tempatan dan Sijil Am Antarabangsa Pendidikan Menengah," kata Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Jauhari Hamidi.

Sekolah antarabangsa itu juga akan menawarkan pendidikan A-Level.

Sime Darby Property berkata KYS International School terletak di kawasan strategik untuk memanfaatkan pasaran ekspatriat dan isi rumah berpendapatan tinggi, demografi utama KL East.

Pembangunan KYS International School di KL East akan dilaksanakan secara bebas oleh KYS Education Group, kata syarikat itu.

Pengasas KYS Education Group, Tan Sri Halim Saad, berkata KYS International School di KL East merupakan penerokaan pertama kumpulan itu di luar Melaka.

"KYS memiliki reputasi sebagai satu daripada sekolah terbaik di negara ini dan kami melahirkan pelajar yang berkualiti baik serta serba boleh sejak 20 tahun lepas.

"Kami melihat ini sebagai langkah pertama untuk meneruskan lagi kerjasama dengan Sime Darby Property pada masa depan," katanya.

KL East, yang terletak 800 meter dari stesen LRT Gombak, bakal menjadi satu kawasan kediaman mewah. 

Tags / Kata Kunci: Sime Darby , KYS Educatiuon

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan