suria

Sime Darby Akan Jual 50 Peratus Ekuiti Dalam Weifang

KUALA LUMPUR: Sime Darby Overseas (Hong Kong) Ltd telah memeterai Perjanjian Pembelian Ekuiti (EPA) dengan Overseas Hong Kong Investment Ltd (OHKIL) bagi melupuskan 50 peratus ekuiti dalam Weifang Sime Darby Liquid  Terminal Co. Ltd (WSDLT) untuk RMB60. 85 juta atau RM39.15 juta.

Sime Darby Overseas Hong Kong (SDOHK) merupakan anak syarikat Sime Darby Bhd serta anak syarikat tidak langsung Sime Darby Inc. di Hong Kong dengan liabiliti terhad.

Weifang Sime Darby Port Sdn Bhd pula merupakan unit tidak langsung di mana 99 satu peratus kepentingan dimiliki oleh Sime Darby Inc. di China, manakala Overseas Hong Kong Investment Ltd (OHKIL), adalah subsidiari tidak langsung Dragon Crown Group Holdings Ltd (DCGHL).

Sime Darby dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata selepas cadangan urus niaga ini selesai, SDOHK akan memegang 50 peratus pegangan, manakala bakinya dimiliki oleh OHKIL.

"Objektif utama cadangan urus niaga itu adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan cecair pukal WSDLT dengan memanfaatkan kekuatan DCGHL," kata Sime Darby.

Cadangan transaksi itu dijangka selesai dalam tempoh separuh pertama 2016 dari tarikh pelaksanaan EPA atau tarikh lain yang dipersetujui oleh pihak yang terlibat secara bertulis.

OHKIL dan SDOHK juga telah memeterai Perjanjian Pemegang Saham (SHA) untuk pengurusan dan urusan pentadbiran WSDLT serta terminal cecair sedia ada pelabuhan Weifang.

Sehingga pada tarikh SHA, sebanyak RMB90 juta daripada modal berdaftar telah disumbangkan.

"Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menyumbang RMB110 juta (RM71 juta) kepada modal berdaftar WSDLT dalam bahagian yang sama dalam tempoh 30 hari selepas pengeluaran lesen perniagaan baharu WSDLT," kata Sime Darby.

Sime Darby

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PKNS Akan Lancar Rumah Berkembar

Artikel Lain