suria

DFI, VC Tingkatkan Dana Pembiayaan Kepada RM6 Bilion

PUTRAJAYA: Institusi kewangan pembangunan (DFI) dan dana modal teroka (VC) milik kerajaan akan menambah dana pembiayaan mereka sebanyak  RM6 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata langkah ini akan menyediakan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat permulaan.

Inisiatif dana pembiayaan itu merupakan antara 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian untuk memastikan ekonomi dan kewangan negara kekal berada pada jajaran yang betul.

Najib pada Khamis membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan melindungi kesejahteraan rakyat.
-- Bernama


DFI, VC, Perdana Menteri, Bajet 2016

Artikel Sebelum

Artikel Lain