Samsung Tambah Pilihan Warna Galaxy Notes

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 4:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronic Sdn Bhd menambahkan pilihan warna Galaxy Note5 dengan menampilkan warna baharu hitam nilam dan perak titanium berikutan sambutan amat menggalakkan daripada pengguna Malaysia.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata, dua warna baharu itu akan menambah kepada warna sedia ada iaitu emas platinum dan putih permata, yang diperkenalkan dalam pasaran bulan lepas.

"Permintaan selepas pelancaran rasmi Galaxy Note5 di Malaysia amat memberangsangkan. Kami memerhati pasaran dan permintaan pengguna dalam tempoh sebulan lepas dan kini menawarkan warna-warna baharu," kata Presidennya,  Lee Sang Hoon.

Harga semua empat warna Galaxy Note5 kekal sama iaitu RM2,699, termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Tags / Kata Kunci: Samsung , Galaxy Notes

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan