suria

BNM: Tiada Halangan MBSB-Bank Muamalat Bincang Penggabungan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mempunyai halangan untuk Malaysia Building Society Bhd (MBSB) memulakan rundingan mengenai cadangan penggabungan dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd (BMMB).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MBSB berkata ia sudah menerima surat daripada BNM memaklumkan bank pusat itu secara prinsipnya tidak mempunyai halangan untuk MBSB memulakan rundingan dengan pemegang saham BMMB sedia ada, iaitu Khazanah Nasional Bhd dan DRB-HICOM Group, membabitkan cadangan penggabungan berkenaan.

"BNM menetapkan rundingan itu selesai dalam tempoh tiga bulan dari 30 September 30, 2015, tarikh surat BNM.

"Citigroup Global Markets Ltd dan AMInvestment Bank Bhd akan bertindak sebagai penasihat kepada MBSB bagi cadangan penggabungan ini," kata MBSB dan menambah maklumat lanjut mengenai cadangan penggabungan itu akan diumumkan pada masa yang bersesuaian.-- Bernama

BNM, Muamalat, MBSB

Artikel Lain