suria

AirAsia Bolot Anugerah Penerbangan Cemerlang

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd menerima Anugerah Kecemerlangan bagi kategori penerbangan anjuran majalah Expatriate Lifestyle.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, syarikat tambang rendah itu berkata penghargaan menerusi Anugerah 'Best Of Malaysia' (Terbaik di Malaysia) yang mengiktiraf kalangan penggiat utama industri pengembaraan/pelancongan dan hospitaliti.

"Ratusan syarikat pengendali perkhidmatan pengembaraan/pelancongan yang disenaraikan. Malah pengundian itu dilakukan oleh pembaca majalah yang juga komuniti ekspatriat yang menetap di Malaysia," katanya.

Menurut kenyataan itu, lebih 30,000 undian bagi 18 kategori diterima  majalah Expatriate Lifestyle bagi tempoh 3 Ogos sehingga 4 September lepas.-- Bernama 

AirAsia, Expatriate Lifestyle

Artikel Sebelum

Artikel Lain