Maybank IB Unjur Pencairan 2.1 Peratus EFS FY15 Daripada Maybank

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 1:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Maybank Investment Bank mengunjurkan  pencairan 2.1 peratus pendapatan dividen interim sesaham (DPS) Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi tahun kewangan 2015, menjadikan pencairan keseluruhan tahun tersebut kepada kira-kira empat peratus, selaras dengan purata sejarahnya.

Ia menjelaskan bahawa Maybank telah menetapkan harga pelaburan semula (DRP) dividen ke-11 pada RM7.50 sesaham, atau diskaun 9.5 peratus kepada jumlah harga pasaran purata wajaran tanpa dividen pada RM8.29.

"Tarikh bagi DRP ditetapkan pada 8 Okt dan tarikh hak pada 12 Okt.

"Sebelum ini, kumpulan itu mengisytiharkan DPS interim pada 24 sen bagi separuh pertama 2015, yang merupakan nisbah pembayaran sebanyak 69.7 peratus.

DPS interim ini membabitkan bayaran tunai sebanyak empat sen dan bahagian pilihan sebanyak 20 sen," kata firma penyelidikan itu dalam satu kenyataan.

Maybank Investment Bank berkata diskaun sebanyak 9.5 peratus itu dibandingkan dengan diskaun purata 5.3 peratus dalam tempoh lima DRP lepas, dan merupakan yang ketiga terbesar sejak Maybank memulakan program DRP.

"Dengan kadar pelaburan semula sebanyak 85 peratus, nisbah satu peringkat ekuiti teras sepenuhnya kumpulan itu berjumlah kira-kira 10.96 peratus selepas DRP, dan 9.93 peratus di peringkat bank.

Secara berasingan, pegangan saham asing Maybank berjumlah 19.33 peratus pada 18 Sept, 2015, susut 3.2 peratus setakat ini tahun ini," katanya.

Ini berbanding puncak 25.99 peratus pada Mei 2013 dan 10.29 peratus pada April 2009, kata Maybank Investment Bank.

Pada tengah hari, harga saham Maybank mencatatkan RM8.38, susut tiga sen, dengan 3.64 juta saham diniagakan.

Tags / Kata Kunci: Maybank , IB

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan