suria

DHL Express Selaras Kadar Purata 4.9 Peratus

KUALA LUMPUR: DHL Express pada Isnin mengumumkan pelarasan kadar purata tahunan sebanyak 4.9 peratus di Malaysia, berkuat kuasa 1 Jan, 2016, bagi perkhidmatan tepat masa antarabangsa.

DHL Express, satu bahagian dalam syarikat logistik Jerman, Deutsche Post DHL, menyediakan perkhidmatan mel ekspress antarabangsa.

"Peningkatan harga tahunan ini membolehkan kami untuk terus melabur dalam rangkaian masa antarabangsa, dan mengekalkan kualiti perkhidmatan utama kami.

"Dasar keseluruhan DHL Express ialah menyediakan perkhidmatan luar biasa dan berkualiti untuk para pelanggan di seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif DHL Express Ken Allen.

DHL Express menyelaras kadar setiap tahun, dengan mengambil kira inflasi dan kos lain yang meningkat, seperti perbelanjaan tambahan berkaitan pematuhan dengan kawal aturan keselamatan di pertingkat, di setiap dari lebih 220 negara dan wilayah tempat syarikat beroperasi.

Pelarasan harga berbeza di setiap negara, bergantung kepada kedudukan setempat, dan akan terpakai ke atas semula pelanggan berdasarkan kontrak.

Pengumuman pelaburan utama DHL pada 2015 termasuk hab baharu di Brussels, Belgium dan Singapura, dan diperluas ke hab Amerika di Cincinnati, Amerika Syarikat..

"Kami akan meneruskan pelaburan di Asia Barat dan Afrika, yang tidak mempunyai rangkaian, selain menambah pesawat kargo, terutama bagi mengukuhkan sambungan antara benua," kata Allen.

DHL Express

Artikel Lain