Calvin Klein, Inc Akan Peroleh Semula Lesen Aksesori Label Platinum

Diterbitkan: Rabu, 9 September 2015 2:54 PM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Calvin Klein, Inc., sebuah anak syarikat milik sepenuhnya PVH Corp. (NYSE: PVH), pada Rabu mengumumkan rancangan mereka untuk memperoleh semula perjanjian lesen yang sedia ada yang dipegang oleh CK21 Holdings Pte. Ltd untuk kesemua pengeluaran dan penjualan label platinum Calvin Klein bagi aksesori lelaki dan wanita.

Perjanjian ini termasuk jualan dalam kedai aksesori platinum berdiri bebas Calvin Klein di China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Australia, New Zealand dan Korea Selatan.

Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, perniagaan Calvin Klein di Asia juga akan mengambil alih sebahagian daripada kedai Aksesori Calvin Klein berdiri bebas milik CK21 dan kedai dalam kedai.

Selain itu, Calvin Klein Asia akan mengambil alih pengeluaran bagi produk aksesori Calvin Klein platinum lelaki dan wanita untuk dijual di kedai pakaian label platinum Calvin Klein berdiri bebas yang dikendalikan oleh CK21 dan kedai dalam kedai di wilayah Australia, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand.

"Kami teruja mengenai peluang jangka panjang yang diberikan dengan mengambil kembali perniagaan ini, kerana ia membolehkan kami untuk lebih mengoptimumkan sinergi bagi perniagaan aksesori label platinum Calvin Klein bersama-sama dengan perniagaan aksesori kami yang lebih luas, di bawah arahan kreatif Ulrich Grimm, Pengarah Kreatif Global bagi Kasut dan Aksesori untuk Calvin Klein," kata Steve Shiffman, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Calvin Klein, Inc.

"Pembangunan itu juga selaras dengan strategi kami untuk meningkatkan lagi jenama Calvin Klein di rantau itu dengan memanfaatkan infrastruktur Calvin Klein Asia Pasifik. CK21 terus menjadi sebuah rakan kongsi yang kukuh bagi kami dengan pakaian Calvin Klein platinum dan kami berharap untuk meneruskan hubungan kami.

"Kami percaya hubungan yang sudah terjalin sejak dahulu lagi dengan Calvin Klein telah membolehkan kami untuk memacukan pertumbuhan yang signifikan di pasaran sejak beberapa tahun yang lalu, dan kami berpendapat bahawa pengambilalihan oleh Calvin Klein ke atas perniagaan aksesori label platinum akan membolehkan mereka untuk lebih memanfaatkan perniagaan aksesori mereka yang sedia ada dan juga perniagaan mereka yang lain," kata EL Goh, Pengurus Besar Serantau bagi CK21.

Calvin Klein, Inc. adalah satu daripada studio reka bentuk fesyen dan pemasaran yang terkemuka di dunia. Ia mereka bentuk dan memasarkan koleksi pakaian dan aksesori wanita dan lelaki, dan pelbagai produk lain yang dihasil dan dipasarkan melalui satu rangkaian meluas perjanjian pelesenan dan urusan lain di seluruh dunia.

Barisan produk di bawah pelbagai jenama Calvin Klein yang termasuk pakaian gaun dan sut wanita, pakaian lengkap lelaki dan pakaian yang dijahit khas, pakaian sukan lelaki dan wanita dan koleksi pakaian, pakaian sukan golf, seluar jean, pakaian dalam, minyak wangi, kaca mata, pakaian prestasi wanita, hosieri, stokin, kasut, pakaian renang, barang kemas, jam tangan, pakaian luar, beg tangan, barangan kecil kulit, dan kelengkapan rumah (termasuk perabot).

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang calvinklein.com.

PVH Corp., satu daripada syarikat pakaian terbesar di dunia, memiliki dan memasarkan jenama ikonik Calvin Klein dan Tommy Hilfiger di seluruh dunia. Ia adalah syarikat pakaian yang terbesar di dunia dan memasarkan pelbagai barangan di bawah jenamanya sendiri, Van Heusen, Calvin Klein, Tommy Hilfiger, IZOD, ARROW, Warners dan Olga, dan jenamanya yang berlesen, termasuk Speedo, Geoffrey Beene, Kenneth Cole New York, Kenneth Cole Reaction, MICHAEL Michael Kors, Sean John, Chaps, dan Ike Behar. 

Tags / Kata Kunci: Calvin Klein , Platinum

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan