suria

MAS Tambah Hotel Federal Dalam Program Kesetiaan

KUALA LUMPUR: Enrich, program kesetiaan Malaysia Airlines, menyambut rakan hotel terbaharunya, Federal Hotels International (FHI) Group of hotels, untuk memberi ruang kepada anggota Enrich syarikat penerbangan itu mengutip mata perbatuan.

"Usaha sama ini membolehkan kami untuk menambah manfaat perbantuan kepada anggota Enrich apabila mereka menginap di FHI Hotels," kata Ketua Program  Enrich  and  Kesetiaan Malaysia Airlines Khairul Nisa Ismail.

Anggota Enrich boleh menebus perbantuan Enrich masing-masing. Mereka boleh melayari www.enrich.malaysiaairlines.com, menghubungi Pusat Panggilan 24 jam Malaysia Airlines di 1 300 88 3000 atau mengunjungi mana-mana pejabat tiket Malaysia Airlines.

MAS, Federal Hotel

Artikel Lain