MAS Tawar Promosi Pelancongan Menarik

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 5:59 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan kepada pelanggannya promosi pelancongan menarik bersempena dengan pameran Pasaran Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITM) yang bermula hari ini sehingga 17 Ogos, 2015.

MAS dalam satu kenyataan, Jumaat berkata, pelanggan boleh menikmati tawaran hebat bagi laluan domestik dan antarabangsanya untuk perjalanan sehingga 31 Mac 2016.

Promosi itu boleh dilayari menerusi laman web www.malaysiaairlines.com.

Syarikat penerbangan nasional itu juga akan menyertai 60 pempamer di MITM, yang diadakan di Pusat Pameran Mid Valley.

Pengurus Kanan MAS bahagian Jualan Serantau Malaysia, Kathleen Leong berkata pelanggan harus mengambil kesempatan daripada promosi istimewa ini dan merancang perjalanan akan datang bersama keluarga dan orang tersayang.

"Ini adalah masanya bagi pengembara untuk keluar dan meneroka kawasan menarik di dalam negara dan melancong ke luar negara untuk bercuti.

"Jika anda berada di sini, datang dan kunjungi kios pameran kami di MITM dan anda akan temui banyak pilihan dalam promosi pelancongan eksklusif kami," katanya. 

Beliau berkata MAS juga akan menghadiahkan tiket pergi balik ke Tokyo, Hong Kong dan Bangkok kepada pemenang cabutan bertuah semasa pameran itu.

Promosi pelancongan MITM itu juga ditawarkan menerusi ejen pelancongan MAS dan pusat panggilan di talian 1-300-88-3000. -- Bernama



Tags / Kata Kunci: MAS , MITM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan