suria

Mercedes-Benz Malaysia Catat Jualan Tertinggi Pada Mei

KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia mencatatkan jualan tertinggi bagi kereta penumpang pada Mei dengan 1,143 unit, yang merupakan peningkatan lebih 100 peratus berbanding 544 yang dijual pada tempoh sama tahun lepas.

Jualan kereta penumpang mewah itu diterjui oleh model C-, E- dan S-Class yang mencatatkan 888 unit pada bulan lepas, demikian menurut syarikat dalam satu kenyataan pada Rabu.

Penyumbang utama kepada angka ini ialah jualan kukuh E300 Blue TEC Hybrid yang dilancarkan pada Januari 2015, C200 dan S400L Hybrid.

Kereta kompak keluarga yang terdiri daripada model baharu A-, dan B-Class, CLA dan GLA, mencatatkan jumlah jualan sebanyak 254 unit pada Mei dengan jualan diterajui oleh kejayaan berterusan A-Class.

Buat masa ini, syarikat mengadakan promosi jelajah kereta kompak di seluruh negara sebagai sebahagian daripada Kempen Mercedes-Benz Malaysia Urban Hunting.

Rekod jualan Mercedes-Benz Malaysia pada Mei didahului oleh jualan positif mulai Januari hingga April 2015. Semasa suku pertama, Mercedes-Benz Malaysia menyerahkan sejumlah 1,886 unit, diikuti dengan 932 pada April.

"Mercedes-Benz Malaysia kini menuju kejayaan. Kami melalui permulaan yang hebat pada 2015 dan angka jualan yang dicatatkan adalah hasil langsung strategi pemasaran dinamik kami," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Roland S Folger.

Mercedes-Benz Malaysia

Artikel Lain