suria

BMW Kurangkan Harga Kenderaan

KUALA LUMPUR: BMW Malaysia Sdn Bhd telah menyemak harga semua kenderaan BMW dan jenama MINI yang dikurangkan sehingga 1.9 peratus.

Harga motosikal BMW Motorrad pula diturunkan sebanyak 18 peratus.

Syarikat pengeluar kereta premium itu dalam satu kenyataan berkata langkah itu bertujuan menyalurkan perolehan hasil pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) kepada pelanggan.

Bagi suku pertama tahun ini, syarikat itu telah menyerahkan sejumlah 1,729 unit BMW, MINI dan Motorrad. 

"Prestasi itu seiring dengan apa yang telah kita lihat dalam industri automotif Malaysia berikutan spekulasi peningkatan harga pasca CBP," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alan Harris pada majlis pelancaran pameran BMW World Malaysia, Khamis.

Acara tiga hari pada 17-19 April itu mengetengahkan enam kenderaan baharu daripada BMW Group iaitu BMW, MINI dan motosikal mewah BMW Motorrad selain paparan kenderaan konsep yang pertama seumpamanya di Asia.

Ia yang akan diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort dekat sini, akan turut menyaksikan BMW World Malaysia menampilkan paparan terbesar kenderaan premium BMW Group, termasuk pelancaran BMW 2 Series Active Tourer, BMWX6, BMWi dan BMWi8.

BMW

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain