suria

AirAsia Perkenal Tiga Laluan Baharu

KUALA LUMPUR: AirAsia terus memperkukuh jaringannya ke Indonesia dan Filipina menerusi tiga hab di Malaysia.

Ia menyaskikan penerbangan sulung berlepas dari Kuala Lumpur ke Pontianak di Indonesia, Johor Baharu ke Medan (Indonesia) dan Kota Kinabalu ke Cebu (Filipina) pada Jumaat.

"AirAsia Bhd beroperasi di lima hab di Malaysia dan kami komited untuk memperluas jaringan kami, terutama dari hab lain selain Kuala Lumpur," kata Ketua Komersial bagi AirAsia Bhd, Spencer Lee dalam kenyataan, di sini Jumaat.

Lee berkata, AirAsia sedia untuk berkhidmat kepada komuniti di hab terbabit dan menyediakan perhubungan yang dipertingkat serta lebih banyak opsyen penerbangan.

AirAsia kini terbang ke 16 bandar raya Indonesia.
AirAsia

Artikel Lain