suria

Proton Tawar Diskaun Barang Ganti Tulen

PETALING JAYA: Proton Holding Berhad menawarkan potongan harga barang ganti tulen sehingga 50 peratus iaitu 20 peratus barangan R3, manakala 30 peratus bagi barangan Proton Lifestyle di Karnival Alami Proton yang akan diadakan pada 2 hingga 5 April ini.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan keselamatan kenderaan secara percuma sempena Kempen Keselamatan Proton sepanjang tempoh karnival berlangsung di perkarangan Angsana Mall, Johor Baru.

Karnival ini diadakan bersempena Karnival Kemahiran Kebangsaan Zon Selatan dan Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2015, anjuran bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Sementara itu, WSBM yang dahulunya dikenali sebagai Pertandingan Kemahiran Malaysia atau (PKM) turut dianjurkan bersama Karnival Alami Proton dan Karnival Kemahiran Kebangsaan Zon Selatan hasil cetusan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Pengerusi Proton.

Bagi pengunjung yang datang bersama ahli keluarga, terdapat pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya "gymkhana", pertunjukkan kereta, demonstrasi pasukan Proton R3 dan penampilan khas, Upin dan Ipin.

Sambil berhibur, pengunjung akan dapat mengenali Proton dan produk terbaharunya iaitu Iriz dengan lebih dekat dan meninjau perkembangan terkini teknologinya, terutama dari aspek keselamatan.

Warga johor dijemput untuk datang beramai-ramai  bersama sanak-saudara dan memeriahkan karnival yang akan berlangsung tidak lama lagi.


Artikel Berikut

Artikel Lain