Etiqa Bantu Bina Rumah Mangsa Banjir - Niaga | mStar

Etiqa Bantu Bina Rumah Mangsa Banjir

Diterbitkan: Ahad, 18 Januari 2015 1:43 PM

(Ubah saiz teks)

MACHANG: Etiqa Insurance  and  Takaful Berhad (Etiqa) bercadang membina rumah bagi menempatkan mangsa yang kehilangan kediaman akibat banjir dengan peruntukan antara RM6 juta dan RM7 juta.

Timbalan Presidennya Ahmad Nasaruddin Hamzah berkata, sebanyak 75 peratus daripada peruntukan itu akan digunakan untuk pembinaan rumah di Kelantan manakala bakinya di Pahang.

"Langkah itu sebagai usaha untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah penempatan semula mangsa banjir yang kehilangan harta benda dan rumah akibat bencana banjir bulan lepas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terjejas banjir di beberapa kampung di Pulai Chondong di sini, malam Sabtu.

Ahmad Nasaruddin berkata, pihaknya akan menggunakan konsep reka bentuk dan kos yang ditetapkan oleh kerajaan pusat bagi pembinaan setiap rumah berkenaan.

Beliau berkata bagi penduduk yang hilang punca pendapatan akibat banjir, pihaknya akan menggalakan mereka berniaga secara kecil-kecilan.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan bantuan antaranya tong gas, dapur, kain telekung, kain pelikat, sejadah dan tuala kepada 280 penduduk.


Tags / Kata Kunci: Etiqa , mangsa banjir , Pulai Chondong
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan