Westin Langkawi Menang Anugerah Resort Spa Mewah Terbaik Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 7:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Westin Langkawi Resort and Spa dipilih sebagai 'Resort Spa Mewah Terbaik' negara dalam Anugerah Spa Mewah Dunia 2014.

Ia juga memenangi kategori Resort Utama Malaysia 2014 dalam Anugerah Pelancongan Dunia dan pemenang negara bagi 'Resort Pantai Mewah 2014' dalam Anugerah Hotel Mewah Dunia, kata resort itu dalam satu kenyataan, Jumaat.

Pengarah Urusan Westin Langkawi Resort and Spa and St Regis Langkawi  Michael Schlueter berterima kasih kepada pelanggan hotel yang berkongsi pengalaman mereka dan mengundi resort itu.

"Marilah jadikan kemenangan kami sebagai jemputan terbuka daripada kami kepada dunia untuk datang mengalami sendiri pengalaman hebat di resort dan spa kami," katanya.

Westin Hotels dan Resorts menerajui sektor hospitaliti dan kesihatan selama lebih satu dekad.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan