suria

Ananda Krishnan Dijangka Ambil Alih Pegangan AS$3 Bilion IPO 1MDB

Ananda Krishnan

KUALA LUMPUR: Hartawan, Ananda Krishnan kini dalam proses perbincangan untuk mengambil alih sekurang-kurangnya lima peratus pegangan dalam perniagaan tenaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia dijangka membabitkan nilai AS$3 bilion tawaran awam permulaan (IPO) bagi menyenaraikan aset tenaga syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, nilai saham yang bakal dimiliki individu kedua paling kaya di Malaysia ini tidak didedahkan kerana perbincangan mengenainya masih belum dimuktamadkan.

Pelaburan Ananda dijangka dapat memperbaiki kedudukan kewangan 1MDB, dalam membiayai dan meningkatkan keyakinan pelbagai pihak.

Tentunya 1MDB memerlukan peruntukan daripada IPO ini untuk mengurangkan beban hutang yang mencecah hampir AS$12 bilion dan mengembangkan perniagaan.

Situasi yang dialami memerlukan  rombakan 1MDB yang gagal membayar RM2 bilion (AS$652 bilion) pinjaman jangka pendek yang tamat akhir Disember.

"Kedua-dua pihak (Krishnan dan 1MDB) sedang berbincang mengenai terma," kata salah seorang individu yang maklum berhubung perkara itu.

IPO itu dijangka dapat dimeterai pada suku kedua tahun ini, menurut seorang lagi yang terbabit dalam perbincangan itu.

Pelaburan Krishnan ini dapat digunakan syarikat untuk membayar pinjaman yang diluluskan bank terbesar negara ini, Malayan Banking Bank dan RHB Capital Bhd dan dijamin oleh syarikat yang turut dilabur Krishnan, Usaha Tegas, kata beberapa pihak lain.

Jaminan pinjaman itu menjadi sebahagian transaksi antara Krishnan dengan 1MDB pada 2012, apabila hartawan berusia 76 tahun itu menjual syarikat tenaganya, Tanjung Energy kepada 1MDB pada harga AS$2.8 bilion.

"Mereka semakin hampit untuk mencapai persetujuan," katanya seorang yang mempunyai maklumat berhubung perbincangan itu sambil menambah perjanjian itu dijangka dimuktamadkan akhir bulan ini.

Pihak 1MDB enggan memberi sebarang komen, manakala Usaha Tegas pula tidak dapat dihubungi untuk tujuan sama.

Majalah Forbes menganggarkan nilai harta Krishnan mencecah AS$9.7 bilion pada bulan ini. Beliau memiliki pencapaian terbaik dalam mengendalikan operasi syarikat tenaga, Tanjong Plc.

Pada 2012, Krishnan menyenaraikan semula stesen televisyen berbayar, Astro Holdings Malaysia Bhd membabitkan urusniaga sebanyak AS$1.5 bilion, menjadikan nilai keseluruhan syarikat itu mencecah RM15.6 bilion. Jumlah itu meningkat daripada RM8.3 bilion, dua tahun selepas Krishnan menguasai sepenuhnya Astro. 


Ananda Krishnan, IPO, 1MDB, Astro

Artikel Lain