Malindo Air Sasar Miliki 100 Pesawat

Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 4:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malindo Air menyasar memiliki 100 pesawat dalam tempoh 10 tahun akan datang serta mengembangkan perkhidmatannya ke Asia Selatan dan Asia Timur, khususnya selatan China pada 2015.

Setakat ini, Malindo Air memiliki 11 pesawat ATR72-600 dan tujuh Boeing 737s.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Murthy berkata syarikat penerbangan itu juga akan memperkenalkan strategi untuk meningkatkan pendapatan sampingan sepanjang 2015.

"Meskipun kami lebih menumpu mengembangkan operasi ATR tahun ini, kami merancang untuk meningkatkan lagi kapasiti dan rangkaian laluan dengan memasukkan operasi Boeing," katanya dalam satu kenyataan bagi mengumumkan perkhidmatan penerbangan harian baharu dari Kuala Lumpur ke Nepal pada 6 Feb, 2015.

Kathmandu bakal menjadi destinasi antarabangsa Malindo Air yang ke-18 dan destinasi ke-7 di Asia Selatan, selepas lima destinasi di India dan dua lagi di Bangladesh.

Dengan menerima lebih banyak pesawat baharu, Chandran berkata syarikat itu bersedia untuk memperkenalkan lebih banyak laluan bagi mengembangkan rangkaiannya pada bulan-bulan akan datang, seterusnya, mengukuhkan permintaan perjalanan udara dalam rantau ini.

Dengan pengembangan laluan ke Kathmandu, beliau berkata Malindo Air yakin mampu mendapatkan pasaran yang lebih besar bagi memperluaskan lagi rangkaian dan jenamanya.

"Kami mempunyai rancangan besar bagi 2015 di mana kami akan mengembangkan dengan lebih agresif kehadiran jenama kami di rantau ini," katanya.

Sebuah pesawat Boeing 737-900 baharu akan beroperasi untuk sektor Kuala Lumpur-Kathmandu dan akan berlepas dari Klia2 setiap hari pada 7.05 petang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan pada 9.30 waktu tempatan.

Tags / Kata Kunci: Malindo Air

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan