Ringgit Dijangka Terus Lemah

Diterbitkan: Sabtu, 6 Disember 2014 1:07 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus lemah berbanding dolar US minggu depan berikutan harga minyak mentah lebih murah serta lebihan dagangan yang rendah daripada jangkaan pada Oktober.

Pengurus Kanan Penyelidikan Bon dan Ekonomi Hong Leong Bank, Choong Yin Pheng berkata kejatuhan itu turut memberi kesan kepada ekonomi Malaysia berikutan kedudukannya sebagai pengeksport bersih minyak.

Choong memberitahu Bernama, lebihan dagangan Malaysia yang rendah bagi Oktober turut menyumbang 3.1 peratus terhadap penurunan eksport yang mana sebahagiannya disebabkan pengurangan penghantaran produk petroleum serta minyak sawit.

Katanya, pengukuhan dolar US dan beberapa data ekonomi turut menjadi petunjuk momentum pertumbuhan bagi ekonomi Amerika Syarikat dan ini dijangka memberi tekanan terhadap penurunan ringgit dan kebanyakan mata wang Asia.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit turun mendadak berbanding dolar US kepada 3.4695/4725 berbanding 3.3810/3840 Jumaat lepas.

Ia turut lemah berbanding dolar Singapura kepada 2.6348/6391 daripada 2.5932/5963 Jumaat lepas, susut berbanding yen kepada 2.8848/8882 daripada 2.5932/5963 dan turun berbanding pound British kepada 5.4325/4376 daripada 5.3075/2125 Jumaat lepas.

Ringgit turut susut berbanding euro kepada 4.2921/2969 daripada 4.2053/1100 yang dicatatkan sebelum ini. 


Tags / Kata Kunci: Ringgit , Minyak

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan