Mekanisme Baharu Dikaji Atasi Masalah Kenaikan Harga Rumah - Niaga | mStar

Mekanisme Baharu Dikaji Atasi Masalah Kenaikan Harga Rumah

Diterbitkan: Rabu, 8 Oktober 2014 6:28 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penubuhan bank perumahan dan syarat mewajibkan 10 peratus portfolio pinjaman perumahan terhadap bank komersial adalah antara beberapa mekanisme baharu yang sedang dikaji kerajaan bagi mengatasi masalah kenaikan harga rumah.


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, selain itu kerajaan juga mencadangkan pihak swasta dan koperasi untuk menawarkan bantuan kewangan yang bersesuaian dengan risiko minimum kepada pembeli rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Antara cadangan yang sedang dikaji ialah penubuhan bank perumahan, mewajibkan 10 peratus portfolio pinjaman perumahan terhadap bank komersial kepada kategori rumah-rumah berkenaan dan pemberian pinjaman kewangan oleh syarikat atau koperasi yang mempunyai dana besar kepada golongan tersebut," katanya.

Abdul Rahman berkata demikian dalam sidang media ketika diminta mengulas mengenai keluhan pembeli rumah yang berpendapatan rendah dan sederhana yang mana permohonan pinjaman perumahan mereka ditolak oleh institusi kewangan komersial.

Katanya, kerajaan sentiasa berusaha mencari formula bagi mengatasi masalah kenaikan harga rumah yang menjadi isu dan beban kepada rakyat negara ini.


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan