LKTN Akan Bina Kilang Proses Kenaf Terbesar Di Dunia

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 7:19 PM

Ladang kenaf. Hasil tuaian batang kenaf boleh menghasilkan fiber yang digunakan untuk membuat pelbagai produk termasuk beg dan produk gantian kenderaan.

(Ubah saiz teks)

PASIR PUTEH: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) bercadang membina sebuah kilang memproses kenaf terbesar di dunia dalam usaha menjadikan industri tanaman kenaf sebaris dengan tanaman komoditi negara seperti getah dan kelapa sawit, menjelang tahun 2020.

Ketua Pengarahnya, Samsudin Noor berkata, kawasan seluas lebih tiga hektar di Taman Industri Perabot, Saujana, Setiu, Terengganu telah dikenalpasti bagi tujuan berkenaan.

"Kilang yang akan dibina dengan kos antara RM10 juta hingga RM15 juta itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2016," katanya kepada pemberita pada majlis hari bertemu pelanggan dan pembayaran hasil tanaman kenaf peringkat Pasir Puteh di Kampung Alor Hijau, Selising, di sini, Selasa.

Majlis itu dirasmikan oleh anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Selising, Zulkifle Ali.

Samsudin berkata, kilang itu berupaya melengkapkan pemprosesan kenaf setempat tanpa membawanya ke beberapa kilang-kilang kecil (bahagian pemprosesan) sebagaimana yang dilakukan ketika ini.

Beliau menambah, tumpuan utamanya bagi memenuhi keperluan penanam di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dijangka semakin berkembang menjelang tahun 2020.

"Ia dijangka dapat memproses 4,000 tan metrik setahun bagi memenuhi permintaan fiber (kenaf) yang diperlukan terutama industri automatif negara," katanya lagi.

Tags / Kata Kunci: kenaf , LKTN , Kelantan , Terengganu

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan