MAS Masih Mencari CEO Baru

Diterbitkan: Selasa, 7 Oktober 2014 7:00 PM

Salah sebuah pesawat milik MAS.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airline System Bhd (MAS) masih belum melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu seperti yang dispekulasikan oleh beberapa sumber, kata Khazanah Nasional Bhd.

Cabang pegangan pelaburan Malaysia itu dalam satu kenyataan menjelaskan, pencarian CEO baharu masih diteruskan dan keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas pertimbangan yang sewajarnya dilakukan dan berunding dengan pemegang saham khas, iaitu Menteri Kewangan Diperbadan.

"Keputusan akan diumumkan apabila tiba waktunya, dalam tempoh masa seperti yang dinyatakan sebelum ini," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan semalam bahawa seorang warga asing merupakan antara tiga calon yang telah disenarai pendek, termasuk rakyat Malaysia, yang dipertimbangkan bagi jawatan itu.

Khazanah Nasional, pada 29 Ogos lepas mengumumkan bahawa ia sedang melakukan pencarian global bagi mendapatkan CEO baharu untuk menerajui MAS.

Pencarian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan syarikat penerbangan nasional itu di bawah Pelan Pemulihan MAS.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan