See Hup Jangka Prestasi Positif

Diterbitkan: Jumaat, 19 September 2014 3:34 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Syarikat logistik berpangkalan di Pulau Pinang, See Hup Consolidated Bhd mengunjurkan prestasi positif bagi tahun kewangan berakhir Mac 2015 berdasarkan pembangunan di Lembah Klang dan wilayah selatan.

Pengarah Urusan kumpulan Lee Chor Min bagaimanapun berkata See Hup kekal berhati-hati susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang berkemungkinan menjejaskan kos keseluruhan syarikat.

"Kumpulan ini menyasarkan pertumbuhan pendapatan secara konservatif lima peratus bagi tahun kewangan 2015," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) di sini, Jumaat.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014, See Hup merekodkan perolehan lebih rendah RM84.1 juta berbanding RM94.1 juta bagi tahun kewangan sebelumnya.

Bagaimanapun, syarikat itu mencatat keuntungan pracukai RM333,000 berbanding kerugian RM2.8 juta pada tahun sebelumnya.

Lee berkata tahun depan See Hup akan memberi tumpuan kepada Lembah Klang dan wilayah selatan, susulan permintaan logistik yang teguh daripada pelbagai projek infrastruktur di Iskandar Malaysia dan projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) di Lembah Klang.

"Tumpuan kumpulan ialah kepada Lembah Klang, Johor Baharu serta Singapura. Teras kekuatan kami ialah pengangkutan trak untuk mengangkut bahagian-bahagian struktur bagi MRT," katanya.

Lee berkata See Hup yang mempunyai lebih 300 trak, merancang untuk membelanjakan RM3 juta dalam perbelanjaan modal bagi tahun kewangan 2015 untuk membeli 10 hingga 20 trak lagi.

Beliau juga berkata kumpulan itu turut merancang untuk menambah bilangan gudangnya bagi menampung keperluan pelanggan sama ada dengan membina sendiri atau menyewa, dan menambah See Hup mempunyai sebidang tanah di Butterworth yang boleh diguna bagi tujuan tersebut.

Lee berkata pemacu utama pendapatan See Hup ialah segmen perkhidmatan pengangkutan dan logistik, namun perkhidmatan fret laut dan udara yang bermula empat tahun lepas juga mencatat pertumbuhan memberangsangkan.

See Hup menyediakan perkhidmatan logistik menyeluruh antara Thailand dan Semenanjung Malaysia serta Singapura.

Pelanggannya kebanyakan terlibat dalam sektor pembinaan dan prasarana manakala pelanggan luar negara dari Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan India pula terbabit dalam barangan pengguna, elektronik dan bahagian-bahagian jentera.


Tags / Kata Kunci: See Hup

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan