suria

SME Corp Gesa Usahawan Wanita Daftar Perniagaan

KUALA LUMPUR: SME Corporation Malaysia menasihatkan usahawan wanita mendaftar perniagaan mereka bagi meningkatkan peluang mendapat pembiayaan daripada bank.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Hafsah Hashim berkata, pendaftaran akan memberikan mereka akses lebih baik kepada dana tertentu yang ditawarkan kepada usahawan.

"Kelulusan pinjaman meningkat purata 84 peratus untuk pinjaman Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh negara," katanya dalam pembentangan di Persidangan Persekutuan Dewan Perniagaan dan Industri Asia-Pasifik (CACCI) ke-28 di sini, Jumaat.

Hafsah berkata, PKS dan usahawan wanita tidak boleh dilupakan berikutan sumbangan besar mereka kepada keluaran dalam negara kasar negara.

Menurutnya, PKS dijangka memberi sumbangan minimum 40 peratus kepada ekonomi, berbanding 33 peratus tahun lepas.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan dijangka mencapai sasaran mempunyai sekurang-kurangnnya 40 peratus wanita dalam lembaga pengarah syarikat menjelang 2016.

"Kini wakil wanita dalam lembaga pengarah syarikat hanya 10 peratus.

"Di sektor awam, pada 2005 hanya terdapat seorang ketua setiausaha wanita, tetapi kini ada tujuh," katanya.

Persidangan tiga hari bertemakan 'Melepasi 2020: Asia-Pasifik Sebagai Enjin Pertumbuhan Mampan' bermula Rabu lepas.


SME Corp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

See Hup Jangka Prestasi Positif

Artikel Lain