suria

Brahim Yakin Kekal Sebagai Pembekal MAS

Proses penyediaan makanan oleh Brahim Airline Catering Sdn Bhd sebelum dihantar kepada syarikat penerbangan.

SEPANG : Brahim Holdings Bhd yakin bahawa syarikat yang dimilik 70 peratus oleh Brahim Airline Catering Sdn Bhd (BAC) tidak akan kehilangan kontrak dengan Malaysia Airlines (MAS), walaupun kontrak lumayan 25 tahun itu kembali dibincangkan selepas penyusunan semula syarikat penerbangan secara besar-besaran.

Pengerusi Eksekutif Brahim, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi memberitahu StarBiz pada Jumaat bahawa beliau menjangkakan hasil positif daripada  mesyuarat mengenai kontrak ini pada Sabtu.

"Pada Jumaat ini, kita akan tahu mengenai kedudukan kontrak itu," katanya kepada Starbiz selepas sidang media di Ibu Pejabar BAC, Sepang pada Sabtu.

"Walau apa pun, kita akan kekal sebagai pembekal bagi MAS," katanya.

Ibrahim berkata syarikat telah mengadakan perbincangan sejak tiga minggu lalu dengan MAS dalam rundingan semula baki kontrak 15 tahun daripada 25 tahun.

Baki saham tiga puluh peratus lagi adalah milik MAS.

Selepas pengumuman penyusunkan semula struktur MAS, saham Brahim jatuh sebanyak 14 sen kepada RM1.19 daripada RM1.33.

Pada Khamis lalu saham ditutup dengan dengan harga RM1.22 selepas mencapai nilai tertinggi harian dengan RM1.25.

BAC menyumbang kira-kira 80 peratus daripada pendapatan Brahim .

"Walaupun tanpa MAS, orang akan terus berjalan. Kami membekalkan kepada 35 syarikat penerbangan yang terbang ke KLIA, jadi potensi kerugian hanyalah sedikit," jelas Ibrahim.

Bagi suku kedua berakhir 30 Jun tahun ini,  Brahim mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.56 juta, turun 71.6 % daripada RM5.46 juta tahun lepas.

Hasil keseluruhan tahun ini RM92 juta, menurun sebanyak enam peratus berbanding RM98 juta tahun lalu.

Sementara itu, Malindo Air dan AirAsia Bhd turut mengadakan perbincangan bagi perkhidmatan katering ini.

Pada masa ini hanya menunggu rundingan harga dan dijangka akan mengikat kontrak pada bulan November atau Disember ini.

Brahim ini juga menjangkakan Qatar Airways dan Brunei Airlines akan menandatangai kontrak mereka pada akhir tahun ini .

"Kami menjangka untuk menambah pelanggan katering di antara 40 hingg 45 pada tahun depan, tetapi itu berdasarkan apa keputusan MAHB nanti," kata Ibrahim.

Sementara itu, ini Brahim telah mempelbagaikan pendapatannya bagi mengelak terlalu bergantung kepada syarikat penerbangan.

Ibrahim berkata, industri halal global berjumlah kira-kira AS $ 1 trilion setahun.

"Sudah hampir setahun kami melebarkan kepakaran halal ke luar negara.

"Kami diiktiraf sebagai pembekal halal dan telah membantu orang lain untuk membina komponen halal mereka. Jepun merupakan pasaran yang berpotensi untuk kita serta turut mensasarkan pelancongan Timur Tengah."

Brahim

Artikel Lain