suria

Deklarasi Bersama Malaysia-Azerbaijan Buka Ruang Petronas Di Caucasus

Bangunan kedutaan Malaysia di Azerbaijan yang telah dirasmikan oleh Najib Tun Razak.

BAKU (Azerbaijan): Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak berkata hubungan Malaysia dan Azerbaijan kini melangkah ke lembaran baharu dengan termeterainya Deklarasi Bersama bagi Hubungan Mesra dan Perkongsian yang dilihat mampu membuka lebih banyak peluang ekonomi dan pelaburan untuk kedua-dua negara.

Beliau berkata menerusi deklarasi itu, Petronas misalnya, dilihat boleh memainkan peranan besar di negara yang kaya dengan minyak dan gas itu dalam mengukuhkan penyertaan Malaysia dalam pelbagai bidang ekonomi di Azerbaijanserta di wilayah Caucasus berkenaan.

"Pada prinsipnya, potensi Petronas amat cerah untuk tahun-tahun akan datang. Petronas akan menjadi pelaku besar di Azerbaijan dan kawasan wilayah ini dengan penglibatan Petronas di Turkmenistan (sebelum ini) dan dengan apa juga yang dilakukan di kawasan ini pada hubungan 'synergetic' atau saling untung menguntungkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang keKuala Lumpur bagi mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke negara ini.

Najib dan isteri, Datin Rosmah Mansor berlepas pulang ke Malaysia jam10.45 malam pada Jumaat (1.45 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Malaysia ke negara ini sejak Azerbaijan mengisytiharkan kemerdekaan daripada Kesatuan Soviet ketika itu pada Oktober 1991.

Najib pada tengah hari Jumaat sebelum itu, menandatangani Deklarasi Bersamabagi Hubungan Mesra dan Perkongsian bersama Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, dalam usaha memperkukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada dan membuka laluan bagi peningkatan kerjasama ekonomi dan pelaburan.

Beliau berkata Presiden Azerbaijan juga melihat bahawa hubungan kedua-dua negara boleh dikembang dan dipertingkatkan dalam bidang-bidang yang amat strategik terutamanya dalam sektor minyak dan gas antara  Petronas dan State Oil Company of Azerbaijan (SOCAR).

Perdana menteri berkata memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian antara Petronas dan SOCAR yang meliputi kerjasama dalam sektor minyak dan gas dilihat akan membuka banyak peluang bagi peningkatan kerjasama antara syarikat minyak dan gas kedua-dua negara. 

"Pada petang tadi (Jumaat petang) saya juga bertemu dengan syarikat-syarikat Malaysia dan Azerbaijan pada mesyuarat Meja Bulat Perniagaan, mereka sedang melakukan 'bisnes matching', walaupun bilangan dagangan Malaysia dan Azerbaijanmasih rendah tapi saya percaya ia boleh ditingkatkan ke paras tinggi lagi," kata Najib.

Bagi tahun 2013, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Azerbaijan hanya berjumlah USD18.3 juta. Jumlah eksport pada 2013 adalah USD15.3 juta manakala import bernilai USD3 juta.

Terdahulu, Najib turut merasmikan pembukaan Kedutaan Besar Malaysia di Baku. Malaysia mewujudkan pejabat diplomatik di Malaysia pada Jun 2007, bagaimanapun Malaysia hanya mewujudkan kedutaannya di Baku pada 1 April tahun ini.

Sebelum berlepas pulang ke tanah air, Najib turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Azerbaijan, Artur Rasizade.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain