Mida Yakin Pelaburan Yang Dilulus Melepasi Sasaran RM53 Bilion

Diterbitkan: Rabu, 3 September 2014 9:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) yakin pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan akan melepasi sasaran awal sebanyak RM53 bilion tahun ini.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Pembuatan (Bukan Sumber), Datuk Wan Hashim Wan Jusoh berkata, pelaburan itu sebahagian besarnya dipacu oleh sektor elektrik dan elektronik selain sumbangan yang lebih kukuh daripada sektor minyak dan gas terutama petrokimia dan barangan berasaskan kimia.

Petrokimia semakin kukuh disebabkan projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan Penapisan Pengerang (Rapid).

"Rapid sangat besar, satu projek petrokimia memerlukan pelaburan sekitar RM2 bilion hingga RM3 bilion," katanya pada taklimat media di sini, Rabu.

Beliau berkata, dalam tempoh Januari hingga Mei, pelaburan dalam produk petroleum termasuk petrokimia melonjak kepada RM6.76 bilion berbanding RM6.17 bilion bagi keseluruhan 2013.

Sementara itu, jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan antara Januari-Mei sebanyak RM41.75 bilion, atau dua pertiga pelaburan yang diluluskan sebanyak RM52.1 bilion tahun lepas.

Wan Hashim berkata berdasarkan minat daripada penggiat minyak dan gas antarabangsa dan tempatan, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi hab perkhidmatan minyak dan gas serantau menjelang 2017.

Antara penggiat asing yang sudah bertapak dalam negara ialah Baker Hughes, Schlumberger dan Technip.

Sektor minyak dan gas Malaysia merupakan penyumbang utama kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sejak 1972 dan kini menyumbang kira-kira 20 peratus kepada KDNK negara.

Sektor itu dikenal pasti antara 11 sektor industri dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan disasarkan meningkatkan sumbangan pendapatan negara kasar kepada RM131.4 bilion menjelang 2020.

Sektor itu juga disasarkan mewujudkan 52,300 peluang pekerjaan menjelang 2020 dengan 50 peratus terdiri daripada jurutera dan ahli geologi.

Malaysia memiliki rizab gas asli ke-34 terbesar dan rizab minyak mentah ke-21 terbesar di dunia.


Tags / Kata Kunci: Mida , Datuk Wan Hashim Wan Jusoh

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan