Naza Italia Bantu Tingkat Jualan Maserati Di Rantau Asia Tenggara Dan Pasifik

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 5:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jualan Maserati di rantau Asia Tenggara dan Pasifik dalam enam bulan pertama 2014 berkembang 214 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, pengedar eksklusifnya, Naza Italia Sdn Bhd, berkata, Malaysia menyumbangkan 144 peratus pertumbuhan domestik dalam tempoh berkenaan.

NAZA Italia berkata, peningkatan jualan itu sebahagian besarnya disebabkan pengenalan model baharu Maserati Quattroporte dan Ghibli.

Pengerusi Eksekutif Bersama Naza Group, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, berkata, syarikat itu berbangga dapat menyumbang kepada pertumbuhan cemerlang separuh pertama Maserati di rantau ini.

"Kami akan terus melabur dalam jenama ini dalam usaha mendapatkan pelanggan baharu serta meningkatkan pengalaman pemilik Maserati yang sedia ada.

"Kami juga mempunyai pelbagai rancangan untuk menambah baik kemudahan kami sejajar dengan dedikasi kami untuk menawarkan perkhidmatan serta produk paling berkualiti kepada pelanggan," katanya. 


Tags / Kata Kunci: Maserati , Naza Italia Sdn Bhd

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan