Eksport Getah Asli Turun 7.8 Peratus

Diterbitkan: Jumaat, 11 Julai 2014 4:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah eksport getah asli pada Mei 2014 turun sebanyak 5,038 tan metrik atau 7.8 peratus kepada 59,486 tan metrik berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Statistik.

Dalam kenyataan pada Jumaat, jabatan itu berkata berbanding Mei tahun lepas, jumlah eksport menunjukkan penurunan sebanyak 6.2 peratus.

Katanya Getah Mutu Malaysia (SMR) menyumbang 92.2 peratus daripada jumlah eksport, dengan 54.5 peratus terdiri daripada SMR 20.

"Getah asli dieksport terutamanya ke China (37.3 peratus), diikuti Jerman (18.3 peratus), Amerika Syarikat (6.6 peratus), Brazil (2.3 peratus), Korea Selatan (3.8 peratus), Iran (3.8 peratus), Jepun (2.2 peratus) dan Portugal (2.8 peratus).

Jumlah import getah asli pada Mei 2014 meningkat sebanyak 1,472 tan metrik, atau 2.4 peratus kepada 62,243 tan metrik daripada April 2014.

Berbanding Mei 2013, jumlah import turun sebanyak 8,980 tan metrik, atau 12.6 peratus.

Jabatan itu berkata pengeluaran getah asli bagi bulan itu adalah sebanyak 43,751 tan metrik, turun 12.5 peratus tahun ke tahun, dengan sektor kebun kecil 91.8 peratus, manakala sektor estet menyumbang 8.2 peratus.

"Kedah merupakan pengeluar getah asli tertinggi dalam kalangan estet iaitu 23.6 peratus, diikuti Negeri Sembilan (20.3 peratus) dan Johor (14 peratus)," katanya.

Jumlah penggunaan domestik getah asli pada Mei naik sebanyak 2.3 peratus kepada 38,007 tan metrik, dengan industri sarung tangan getah menjadi sektor penggunaan getah asli terbesar pada 72.2 peratus, diikuti tayar dan tiub (7.5 peratus) dan benang getah (7.1 peratus).

Paras stok getah asli negara berjumlah 130,140 tan metrik pada akhir Mei 2014, turun 11.8 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Harga purata bulanan lateks pekat pada Mei 2014 dicatatkan sebanyak 457.78 sen, turun 3.5 peratus daripada bulan sebelumnya dan jatuh 21.6 peratus tahun ke tahun.

Produktiviti pengeluaran pada bulan tersebut dicatatkan pada 88.9 kilogram sehektar, meningkat 49.6 peratus berbanding bulan sebelumnya dan 4.3 peratus tahun ke tahun. 


Tags / Kata Kunci: Getah

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan