SC Umum Pengerusi Baharu FIMM

Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 4:31 PM

Siti Hadzar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan pelantikan Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail sebagai Pengerusi Persekutuan Pengurus-pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM).


Dalam satu kenyataan, SC berkata pelantikan itu, berkuat kuasa pada Selasa, untuk tempoh dua tahun.

"Siti Hadzar, yang merupakan pengarah kepentingan awam FIMM sejak 2011, mengambil alih jawatan Pengerusi daripada Abdul Kadir Kassim," kata badan kawal selia itu.

FIMM ditubuhkan pada 1993 untuk membangunkan industri pengurusan pelaburan dan menggalakkan unit amanah sebagai jentera pilihan untuk pelaburan.

Ia diiktiraf oleh SC pada 2011 sebagai sebuah organisasi kawal selia sendiri.


Tags / Kata Kunci: SC , FIMM , Datuk Siti Hadzar Mohd Ismail

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan