MFA Yakin Capai 8 Peratus Urus Niaga

Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 4:03 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:  Persatuan Francais Malaysia (MFA) yakin mencapai sasaran peningkatan lapan peratus dalam urus niaga tahun ini berbanding RM368 juta pada 2013, kata anggota jawatankuasa utamanya Abdul Rahman Mohamed.

Menurutnya persatuan itu yakin dapat mencapai sasaran tersebut berdasarkan kadar pertumbuhan tahunan MFA pada tahun-tahun sebelum ini dalam lingkungan lima hingga 10 peratus.

"Sasaran ini dibuat berdasarkan penyertaan syarikat francaisor dalam pelbagai bidang perniagaan, yang semakin berkembang pesat dan diterima baik secara meluas.

Kini terdapat 726 syarikat francais berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di 53 negara dengan 1,992 rangkaian di seluruh dunia," katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini, Jumaat.

Separuh daripada syarikat francais yang berdaftar merupakan anggota MFA.

Tahun ini MFA menganjurkan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia dengan penglibatan 120 peserta pameran dalam pelbagai bidang.

Ia terdiri daripada 60 jenama tempatan dam 23 jenama antarabangsa selain 11 syarikat tempatan yang menyertai sebagai francaisor baharu.

Abdul Rahman berkata walaupun 30 peratus peserta pameran kali ini terdiri daripada syarikat makanan dan minuman (F&B), MFA turut menyaksikan kemunculan baharu yang semakin meningkat, terutama dalam bidang perkhidmatan dan pendidikan.

Ditanya mengenai persediaan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dalam kalangan syarikat francaisor, Abdul Rahman berkata setakat ini sebanyak 60 peratus telah bersedia melaksanakan peraturan yang berkuat kuasa pada 1 April 2015.

"MFA akan meneruskan usahanya bagi memastikan kesemua anggota bersedia melaksanakan CBP hujung tahun ini," katanya.

Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia ke-21 tahun ini berlangsung selama tiga hari mulai Jumaat.

Selain peserta tempatan, ia turut menampilkan penyertaan dari negara luar termasuk Amerika Syarikat, Korea, Australia dan Taiwan.

Tags / Kata Kunci: MFA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan