Xingquan Labur RM30.7 Juta Buka 60 Kedai Jualan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Jun 2014 3:54 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Xingquan International Sports Holdings Ltd menjangka sumbangan hasil sebanyak 30 peratus daripada pengembangan kedai jualan kendalian sendirinya (POS) di China dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Pengarah Bukan Eksekutifnya Ooi Guan Hoe berkata kumpulan itu merancang membuka 60 POS baharu dalam tempoh 18 bulan akan datang bagi menambah baik hasil dan margin keuntungannya.

Kumpulan itu memperuntukkan kira-kira RM30.7 juta yang dikumpulkan daripada cadangan tawaran saham persendiriannya yang selesai baru-baru ini sebanyak 30.73 juta saham biasa baharu pada harga terbitan RM1 setiap satu.

Ketika ini, kumpulan itu memiliki 73 POS di China bagi memasarkan produk kasut, pakaian dan aksesori di bawah jenama GERTOP, yang menyumbang kurang daripada 10 peratus kepada hasil kumpulan.

"Sejak 2012, kami mula membuka kedai kami. Sebelum ini kami menjual menerusi pengedar kami yang menyumbang kepada margin rendah. Apabila kami menjual sendiri, marginnya telah meningkat," katanya Ooi berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung khas kumpulan di sini, Jumaat.

Dengan POS tambahan, kumpulan menjangka prestasi kewangannya bertambah baik dalam tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2015, katanya.

Pada mesyuarat agung khas itu, Xingquan menerima kelulusan pemegang saham bagi cadangan terbitan bonus 169.031 juta waran bagi asas satu waran bagi setiap dua saham setiap satu.

Cadangan waran itu adalah untuk memberi ganjaran dan menyediakan kepada pemegang saham Xingquan pilihan bagi meningkatkan lagi penyertaan ekuiti mereka dalam kumpulan. 


Tags / Kata Kunci: Xingquan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan