Laporan Daya Saing Dunia 2014: Malaysia Kini Tangga Ke-12

Diterbitkan: Khamis, 22 Mei 2014 10:41 AM

Daya saing negara makin baik apabila melonjak ke kedudukan ke-12 tahun ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedudukan daya saing Malaysia meningkat tiga mata ke tangga ke-12 dalam kalangan 60 negara, prestasi terbaik yang dicapai dalam tempoh empat tahun lalu, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Lonjakan kedudukan itu membuktikan keyakinan yang semakin meningkat terhadap pelbagai inisiatif kerajaan dalam mentransformasikan ekonomi kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Tahun lalu Malaysia menduduki tempat ke-15 dalam Laporan Tahunan Daya Saing Dunia, laporan yang sama oleh Institut Pembangunan Pengurusan Switzerland. Mustapa berkata laporan itu membuktikan kejayaan Malaysia melaksanakan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

Kedudukan di tangga ke-12 itu atau skor 82.09 (daripada 100) meletakkan Malaysia antara 15 negara paling kompetitif selain US, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Sweden, Jerman dan Kanada.

Ia juga meletakkan Malaysia di depan United Kingdom di tempat ke-16, Australia (17), Finland (18), New Zealand (20), Jepun (21) dan Korea (26).

"Kita akan terus mengukuhkan daya saing negara di peringkat global, menerusi usaha yang lebih bersasar dalam meningkatkan persekitaran pelaburan Malaysia dan mempromosi dasar yang akan meningkatkan perdagangan, memupuk bakat untuk mencapai pertumbuhan produktiviti yang lebih tinggi, meningkatkan usaha untuk mengurangkan beban kawal aturan serta memperkukuh keupayaan teknologi negara.

"Kita juga komited dalam melaksanakan dasar ekonomi mampan bagi memastikan Malaysia lebih makmur dan membangun berbanding tindakan populis jangka pendek yang akan membawa akibat negatif dalam jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Mustapa berkata, menerusi usaha ini, Malaysia bakal mencatat prestasi yang lebih baik dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang memandangkan kesemua inisiatifnya mula membuahkan hasil.

Daya Saing Dunia itu menilai negara berasaskan prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

Mengenai kecekapan kerajaan, Mustapa berkata walaupun Malaysia mengekalkan kedudukan di tangga ke-15, kerajaan komited mengukuhkan lagi kewangan awam, memastikan kemampanan fiskal dan menggalakkan kestabilan makroekonomi jangka panjang negara.

"Penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, membuktikan komitmen Malaysia untuk mencapai defisit fiskal tiga peratus Keluaran Negara Kasar menjelang 2015 dan berusaha ke arah bajet seimbang menjelang 2020.

"Antara inisiatif yang dilaksanakan kerajaan ialah memperkenalkan rasionalisasi subsidi dan memastikan pendekatan lebih bersasar dalam menyediakan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan.

"Kami juga yakin kedudukan ranking yang bertambah baik itu juga secara langsung berkait dengan trend meningkat ranking global Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2013-2014 ke tangga 24 dan laporan Mudah Menjalankan Perniagaan di dunia 2014 dengan Malaysia menduduki tempat keenam di seluruh dunia," katanya. 

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan