Pavilion Malaysia Kekal Di OTC 2014, Texas

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 8:33 AM

Gambar Hiasan. Ruang pameran Pavilion Malaysia yang menempatkan syarikat tempatan dalam perkhidmatan serta pembuatan gas dan minyak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) terus mengekalkan Pavilion Malaysia buat tahun ketiga berturut-turut di Persidangan Teknologi Luar Pesisir (OTC) yang berlangsung di Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Pavilion Malaysia ini telah diwujudkan untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelaburan bagi sektor perkhidmatan serta pembuatan minyak dan gas dan juga untuk mempamerkan keupayaan syarikat-syarikat minyak dan gas di Malaysia kepada pasaran antarabangsa.

Lebih 20 syarikat minyak dan gas tempatan telah mengambil bahagian dalam persidangan itu termasuk SapuraKencana Petroleum, UMW Oil and Gas Corporation, Muhibbah Engineering, Bumi Armada berserta agensi-agensi kerajaan.

MPRC dan Matrade telah bekerjasama dalam menganjurkan majlis 'Resepsi Industri Malaysia' yang telah berjaya mengumpul lebih 250 profesional dalam bidang minyak dan gas serta wakil rasmi kerajaan luar semasa penganjuran OTC 2014.

"Resepsi ini bertindak sebagai satu platform bagi syarikat minyak dan gas tempatan dan luar negara untuk berkongsi pengalaman dan menembusi pasaran antarabangsa," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden MPRC Datuk Shahrol Halmi dalam satu kenyataan, Ahad.

Kejayaan Pavilion Malaysia di OTC 2014 ini diharap akan terus merangsang minat dan penyertaan untuk OTC 2015, yang dijadualkan berlangsung pada 4 hingga 7 Mei 2015.

Dianjurkan sejak 1969, OTC merupakan acara ulung di dunia yang mempamerkan penghasilan sumber-sumber luar pesisir daripada aktiviti penggerudian, eksplorasi, pengeluaran dan pemuliharaan alam sekitar yang berlangsung pada setiap tahun di pusat tenaga dunia iaitu di Houston.

Seramai 100,000 pelawat dianggarkan telah menghadiri persidangan OTC 2014 yang dianjurkan selama empat hari, bermula 5 hingga 8 Mei 2014.

Bertempat di tapak seluas 680,000 kaki persegi yang bersamaan dengan keluasan 12 padang bola sepak, ia dipenuhi oleh 2,700 peserta yang mengambil bahagian dalam persidangan tersebut.

Peserta antarabangsa menguasai 40 peratus daripada keseluruhan jumlah peserta bagi persidangan ini. 


Tags / Kata Kunci: Matrade , OTC , Pavilion Malaysia , MPRC , Houstan

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan