suria

Blackberry Malaysia Tumpu Sektor Kerajaan, Perusahaan

KUALA LUMPUR: BlackBerry Malaysia akan memberikan tumpuan kepada sektor kerajaan dan perusahaan dalam usahanya untuk bergerak maju dalam pembangunan perniagaannya, kata Pengarah Urusannya bagi Indochina, Ben Quirin.

Beliau berkata sebelum ini, tumpuan utama BlackBerry Malaysia ialah segmen runcit.

"Sektor kerajaan dan perusahaan akan menjadi tumpuan utama kami di Malaysia, untuk mendapatkan lebih banyak pelanggan dan melatih rakan kongsi kami dalam aspek-aspek teknikal agar mereka memahami tumpuan kami.

"Pembangunan produk perisian, perkakasan dan perkhidmatan akan menjadi fokus utama kami untuk memastikan pelanggan dari kedua-dua sektor ini sentiasa berhubungan dengan kami," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelan pembangunan BlackBerry Malaysia di sini, Selasa.

Beliau berkata agihan pasaran pesaing bagi kedua-dua sektor pada masa ini adalah sebanyak 25 hingga 30 peratus, iaitu hampir sama seperti bagi BlackBerry.


Artikel Sebelum

India Pengeluar Susu Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain