suria

India Pengeluar Susu Dunia

NEW DELHI: Pengeluaran susu seluruh India meningkat pada kadar ketara sebanyak kira-kira 19 peratus dalam tempoh lima tahun dari 2006 hingga 2010, dengan pengeluaran susu keseluruhan mengatasi 121 juta tan metrik pengeluaran bagi tempoh 2010 hingga 2011.

Pengeluaran susu India meningkat pada keseluruhannya sebanyak lebih empat peratus dan dijangka bertambah kepada kira-kira 177 juta tan metrik menjelang 2016 hingga 2017.

Namun demikian, meskipun India adalah pengeluar susu terbesar di dunia, namun kemudahan mendapatkan susu per kapita di India sebanyak 252 gram, adalah di bawah paras purata dunia sebanyak 279 gram setiap orang sehari, demikian menurut satu kajian bertajuk "Merungkai potensi pertumbuhan industri tenusu India."

New Zealand (9,773 gram), Ireland (3,260 gram) dan Denmark (2,411 gram) merupakan tiga negara terunggul dari segi kemudahan mendapatkan susu per kapita yang dinyatakan dalam kajian yang dijalankan oleh Dewan Perniagaan dan Industri India itu.

Kajian itu juga menarik perhatian kepada kenaikan tahap pendapatan purata warga India melalui perubahan kumpulan makanan kerana perbelanjaan penggunaan per kapita bagi susu dan produk susu di kawasan bandar dan luar bandar telah meningkat dengan mendadak, masing-masing sebanyak kira-kira 92 peratus dan 72 peratus.


India, New Zealand, Susu

Artikel Lain