Wujudkan Akta Sekat Herba Mentah Dieksport

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 6:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada Rabu bercadang untuk mewujudkan satu akta khas bagi menyekat herba mentah dari negara ini dibawa ke luar negara.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata kewujudan akta itu penting bagi memelihara industri herba negara dan mengelakkan kerugian besar dalam industri produk herba tempatan.

"Apabila sesuatu produk herba mentah dibawa keluar dari negara ini, ia akan dibuat R&D ( penyelidikan dan pembangunan) dan kemudiannya dipatenkan menjadi produk mereka...ini akan merugikan kita," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Herba Negara (MPHN) di sini.

Katanya MPHN di bawah MOA akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam bagi mengkaji tentang pembentukan akta khas dan menyenaraikan herba mentah yang dilarang dibawa keluar dari negara ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata walaupun nilai pengeluaran tanaman herba di negara ini menunjukkan peningkatan saban tahun, namun jumlah itu masih di tahap yang rendah.

"Bagi tahun 2012, nilai pengeluaran tanaman herba hanyalah mencatat sebanyak RM1.1 juta, walaupun ada meningkat kepada RM 2.3 juta pada tahun 2013, namun jumlah peningkatan itu masih rendah," katanya.

Katanya bagi merancakkan industri pengeluaran produk herba tempatan, sebanyak 18 jenis herba akan diberi tumpuan oleh MOA untuk menggalakkan para petani menanam secara besar-besaran dan menjalankan R&D ke atas hasil penanamannya di negara ini.

"Kami telah mempunyai senarai 18 jenis produk herba mentah yang diberi keutamaan untuk penanaman besar-besaran iaitu Tongkat Ali, Dukung Anak, Hempedu Bumi, Misai Kucing, Pegaga, Roselle, Belalai Gajah, Mengkudu, Halia, Mas Cotek, Sirih, Kaduk, Sambung Nyawa , Merunggai, Peria Katak, Lempoyang, Gelenggang dan Senduduk.

Kami juga turut menggalakkan pokok-pokok herba yang ditanam itu dibuat R&D dengan kerjasama beberapa universiti penyelidikan bagi menghasilkan produk herba yang telah diproses secara berkualiti dan seterusnya dapat dipasarkan di dalam dan luar negara," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata MOA telah mewujudkan satu jawatankuasa penyiasatan bagi menyiasat dan mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat kontraktor yang gagal menepati terma kontrak bagi menyiapkan Projek Empangan Paya Beda di Besut, Terengganu sebelum Laporan Audit 2013 Siri 1 dikeluarkan.

"Kami juga telah mewajibkan syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat menyiapkan projek itu pada bulan Jun tahun ini dan jika mereka gagal untuk menyiapkannya, denda sebanyak RM50,000 sehari akan dikenakan," katanya.

Katanya setakat ini Projek Empangan Paya Beda telah siap hampir 80 peratus.

Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin lepas mendedahkan prestasi pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu lewat 18.49 peratus berbanding jadual asal.

Menurut laporan itu, kelewatan itu disebabkan kegagalan kontraktor menepati terma kontrak.

Tags / Kata Kunci: Herba , MOA , Terengganu

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan