suria

Suami sendiri bercium dengan lelaki depan mata! Isteri jadi buntu bapa dua anak-anaknya mengaku punya selera dua jantina

Lelaki lembut juga berhak untuk berkahwin dan memiliki anak. -Gambar hiasan

GOLONGAN lelaki lembut sering dipandang serong masyarakat namun hakikatnya mereka juga mampu mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Aifa berkongsi kisahnya yang berkahwin dengan seorang lelaki lembut sehingga dikurniakan dua orang anak.

Menyifatkan suaminya seorang yang kuat membebel, dia bagaimanapun berjaya melayari bahtera perkahwinan selama tujuh tahun sebelum mengetahui selera songsang pasangannya itu.

1 (21)*

Bukanlah satu perkara pelik apabila ada wanita yang mampu menerima golongan lelaki lembut sebagai suami. -Gambar hiasan

"Paling mengecewakan baru-baru ini saya ada baca WhatsApp dia curang. Dia ada orang lain. Saya bersemuka dengan dia, tapi dia tak mengaku ada perempuan lain sampai bersumpah atas nama Allah.

"Tapi pada bulan puasa lalu Allah nak tunjuk. Saya pulang ke rumah sebab sakit tekak, bos suruh ambil cuti. Saya balik, tengok dia bercium dengan rakan sekerjanya yang merupakan seorang lelaki.

"Saya kecewa, saya diamkan diri. Saya nak jauh daripada dia. Tapi dia explain kepada saya yang dia biseksual. Dia minta maaf dan ucapkan cinta pada saya," dedah wanita itu.

Adik-beradik akan 'tembak' saya balik, mereka pernah suruh hati-hati nak kahwin dengan lelaki lembut.

AIFA

Menurut wanita itu, dia juga berat hati untuk bercerai memandangkan hatinya bertukar lembut apabila dipujuk oleh sang suami.

Berada dalam fasa keliru, dia juga terimbas kembali nasihat ahli keluarganya suatu masa lalu agar berhati-hati jika mahu berkahwin dengan lelaki lembut.

"Saya rasa tak nak bercerai dengan dia. Saya keliru. Keluarga pun belum tahu sebab saya tiada niat nak bercerita. Saya rasa ini aib dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah”

ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi mesej dengan anak ikan siap bersayang-sayang, isteri reda dapat suami gay... Usaha putuskan hubungan songsang gagal!

"Adik-beradik akan tembak saya balik, mereka pernah suruh hati-hati nak kahwin dengan lelaki lembut. Sumpah saya tak tahu nak buat apa," ujarnya.

Dalam perkongsian sama, wanita itu berkata adik-beradiknya pernah menjadi mangsa cercaan suaminya, membuatkan dia kecil hati dan tidak bersama untuk tempoh yang lama.

WhatsApp Image 2024-04-22 at 12.50.17 PM

Golongan lelaki lembut biasanya mempunyai kelompok rakan yang memiliki naluri serupa. -Gambar hiasan

"Dia balik kerja, dia mengemas. Dia buat tapi dia membebel dan merusuh. Depan keluarga saya dia sangat baik, belanja makan atau bercuti. Apabila berdua, dia akan membebel dan berkira.

"Dia akan mengutuk adik-beradik saya. Saya jadi tak suka. Ada dua tiga kali saya confront sehingga hubungan kami tegang. Sampai ada kala dua hingga tiga bulan tak bersama.

"Saya perlukan nasihat untuk buat apa seterusnya. Terima kasih mendengar luahan," ujar wanita itu lagi menerusi perkongsiannya yang tular di TikTok.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain