suria

Tak cukup pukul, wanita sembur kucing dengan air paip sampai menggigil… Pencinta si bulus jadi baran lepas tilam jadi ‘port’ kencing!

Katil sering kali menjadi salah satu tempat kegemaran kucing untuk tidur dan bermain. -Gambar hiasan

MELIHAT keletah si bulus yang manja sudah cukup membuatkan pencinta haiwan itu berasa terhibur.

Namun kadangkala makhluk comel ini juga mampu mencabar kesabaran apabila membuat onar sehingga pemiliknya hilang punca.

Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan seorang individu ini mengenai si bulusnya yang gemar 'memancut' merata-rata walaupun sudah disediakan kotak najis (litter box).

Menurut individu berkenaan, apa yang membuatkan dia hilang sabar adalah apabila si bulus betina yang berusia empat bulan itu 'memancut' di atas tilamnya beberapa kali.

"Dia sangat manja dengan saya, pantang dengar suara dia akan melompat datang ke arah saya dan boleh terlena apabila saya pegang dia.

"Masalahnya sekarang, saya jadi fed-up sangat dengan isu kucing kencing atas katil saya.

KUCING 1

Si bulus perlu diajar dan dibiasakan untuk membuang air di dalam bekas pasir. -Gambar hiasan

"Tadi saya balik kerja nampak cadar basah, saya mengamuk... terus saya jentik dan pukul ia berkali-kali.

"Lepas tu saya bawa kucing ke dalam bilik air dan sembur dengan air paip. Menggigil-gigil saya tinggalkan dalam bilik air. Apabila fikir balik teruk baran saya, lepas tu saya rasa bersalah sangat-sangat," kongsinya dalam satu grup di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Silap besar terima hadiah kucing, sekarang asyik teringat ex-BF! Kalau rindu cepat-cepat peluk si bulus, nak buang memang tak sanggup

ARTIKEL BERKAITAN: Si bulus boleh diharap jadi penunggu rumah masa raya, hebat pula memburu - “Keliru Miko ni kucing ke anjing”

Menurut individu itu lagi, berdasarkan pengalamannya yang pernah memelihara kucing lain sebelum ini, kejadian seumpamanya tidak pernah berlaku.

"Saya sentiasa bersihkan litter box, minimum tiga kali sehari. Jadi bukan alasan untuk dia tak masuk litter box sebab kotor," luahnya.

Disebabkan kerap kali insiden sedemikian berlaku, secara tidak langsung ia menjadikannya bersikap paranoid kerana was-was mengenai kebersihan rumah serta biliknya.

Hidung kucing ada bau, itu yang dia repeat membuang atas tilam.

NETIZEN

"Saya basuh cadar tiga kali, mop lantai berkali-kali sebab risau bilik saya jadi najis. Saya takut dengan kotoran.

"Kenapalah lepas saya bela kucing ni baru isu tu keluar. Saya pun dah beli kucing ni," kongsinya lagi.

Individu ini menambah, dia berada dalam dilema kerana menyayangi haiwan tersebut dan tidak sanggup melepaskannya ke tangan orang lain namun dalam masa yang sama tidak sanggup menghadapi tabiat buruk kucingnya itu.

"Jadi persoalannya, macam mana nak bagi kucing faham supaya jangan kencing atas katil saya lagi. Nak letak di luar (rumah), saya takut hilang," ujarnya lagi.

cat

Kucing peliharaan yang biasa dibiarkan berkeliaran lazimnya membuang air merata-rata. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya tidak lokek berkongsi pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi wanita tersebut.

"Caranya, letak dalam cage. Train dia kencing dalam pasir. Jangan keluarkan dari cage selagi dia kencing luar litter box.

"Kena kurung sekejap dalam sangkar. Biar dia biasa dengan pasir. Tilam tu kena basuh bersih-bersih atau terbalikkan. Hidung kucing ada bau, itu yang dia repeat membuang atas tilam.

"Kurung sajalah kalau awak pergi kerja. Sediakan sangkar yang selesa, ada litter box, ada makanan dan ada air," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain