suria

Kejutan nyaris tak jadi! Anak syak mak ayah jemur telefon percaya info grup WhatsApp, Dr Amalina pula tiba-tiba respons - “Memang nervous, gerun”

Ayep (kiri) berkongsi kisah mengenai hadiah kejutan buat ibu bapanya yang dijempur di tengah cuaca panas mendapat perhatian Dr Amalina (kanan).

TEORI bahawa cuaca panas mampu membunuh virus Covid-19 masih belum terpakai lagi.

Namun, seorang pemuda terkejut apabila barang yang dibelinya menerusi dalam talian dijemur di tengah panas.

“Grup WhatsApp manalah yang ajar mak ayah aku sinaran matahari boleh matikan virus Covid-19 ni! Habis semua barang Lazada aku yang sampai kena jemur!” tulis seorang pemuda sehingga posting tersebut diulang kicau lebih 19,000 kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuaca panas mampu bunuh virus Covid-19? Ini jawab Dr Amalina...

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ikut nasihat salah! Kata Dr Amalina... hand sanitizer berkesan bunuh virus Covid-19 tapi tak boleh ganti amalan cuci tangan

Pemuda berkenaan, Aliff Imran Nor Azham, berkata, barang yang dibelinya itu berupa telefon bimbit yang dibeli sebagai kejutan hadiah buat ibu bapanya.

Perkongsian Ayep mengenai dakwaan cuaca panas dapat membunuh Covid-19.

Bagaimanapun, pelajar berusia 20 tahun itu tidak menyangka barang yang dihantar ke rumah di Shah Alam, Selangor itu dijemur di luar kediamannya terlebih dahulu.

“Hari tu saya bangun agak lambat, dan bungkusan kotak yang mengandungi dua kotak handphone dihantar ke rumah sekitar pukul 9 pagi.

“Bila saya bangun je ayah beritahu ‘barang dah sampai, jangan risau ayah dah jemur kotak tu kat luar’. Saya memang terkejut, walaupun belum mandi masa tu saya terus berlari keluar rumah nak ambil kotak tu,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ayep kepada mStar.

Ibu bapa Ayep bersama hadiah berupa telefon bimbit pemberian anak-anak.

Ayep berkata, dia terkejut pada mulanya kerana bimbang komponen dalam dua telefon bimbit itu akan rosak akibat dijempur di tengah panas.

“Bukan setakat terkejut, panik pun ada lebih-lebih bila rasa panas kotak tu sebab kena panas berjemur. Sebab handphone tu sebenarnya nak buat surprise untuk mak dan ayah hasil simpanan saya termasuk sumbangan adik-beradik lain.

“Ni bukan barang pertama yang dijemur mak ayah sejak penularan Covid-19. Sebelum ini ada barang yang dibeli kami adik-beradik seperti pengisar buah,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu.

Ayep (dua, kiri) bersama keluarganya.

Menurut Ayep, hadiah tersebut kemudian diberikan semasa makan tengah hari bersama keluarga pada hari yang sama.

“Masa bagi kotak tu kat mak ayah untuk buka, mereka kata ‘Eh ni kan kotak yang jemur kat luar rumah tadi’. Bila buka kotak tu, mereka memang terkejut sampai menjerit kerana terharu.

“Kejutan tu sekadar suka-suka, bukan sebab hari istimewa macam birthday pun. Tapi lebih kepada niat kami adik-beradik nak gantikan telefon mak ayah yang dah lama pakai, sudah bertahun-tahun.

Bukan setakat terkejut, panik pun ada lebih-lebih bila rasa panas kotak tu sebab kena panas berjemur... handphone tu sebenarnya nak buat surprise untuk mak dan ayah.

AYEP

“Alhamdulillah kejutan menjadi dan telefon pun dapat digunakan walaupun selepas kena jemur,” ujarnya secara berseloroh.

Dalam pada itu, Ayep turut berkongsi kisah apabila posting tersebut mendapat perhatian pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang menerusi pautan blog milik beliau yang menjelaskan bahawa masih terlalu awal untuk mengesahkan dakwaan mengenai cuaca panas mampu membunuh virus Covid-19.

Dr Amalina berkongsi hujahannya di ruangan bebenang posting Ayep.

Walaupun tiada sebarang komen mahupun ulasan di ruangan bebenang di laman Twitter milik pelajar Ijazah Sarjana Muda Geologi di Universiti Malaya (UM) itu, namun perkongsian hujahan Dr Amalina itu sememangnya mengejutkan.

“Memang nervous dan menggerunkan, sebab Dr Amalina tak beri sebarang komen. Bagaimanapun, saya amat terharu dan berterima kasih kerana beliau membantu saya untuk memberi penerangan kepada mak ayah tentang perkara yang sahih berkaitan Covid-19.

“Syukur mak ayah saya faham selepas saya memaklumkan tentang penjelasan Dr Amalina. Lepas ni barang-barang yang dibeli online tak lagi dijemur di luar rumah. 

“Sebagai langkah pencegahan, kami melakukan sanitasi pada barang yang diterima dari luar, termasuk sentiasa mencuci tangan dengan sabun,” katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
surprise, jemur, cuaca panas, Dr Amalina

Artikel Lain