suria

Gigih sedia makan, pakai sebelum outstation 5 hari, isteri pertahan suami dituduh ‘useless’... reaksi suaminya memang win!

Nina (gambar kecil) menjelaskan kekeliruan yang timbul disebabkan posting yang tular di Twitter.

"SUAMI dia memang tak tahu buat apa-apa eh."

Itu antara komen netizen terhadap kegigihan seorang wanita menyediakan keperluan makan pakai suami dan anak sepanjang dia bekerja luar kawasan (outstation) selama lima hari.

Perkongsian itu menjadi tular selepas seorang netizen berhasrat meluahkan rasa kagum terhadap kegigihan ibu kepada dua anak itu di Twitternya.

Namun lain pula jadinya apabila gambar paparan skrin pakaian anak dan suami lengkap tagging dan lauk yang sudah dimasak diambil menerusi status WhatsApp wanita itu mengundang rasa kurang senang segelintir individu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sementara tunggu ayah masak, mak main phone” - Anak bangga bapa rajin ke dapur, siap jahit baju kelawar ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Suami terlalu baik... isteri diam-diam ‘hadiah’kan bini baharu untuknya, kini bahagia tinggal sebumbung

Malah ada yang menyifatkan suami wanita itu sebagai 'useless'.

Namun pemilik status WhatsApp itu, Noorhasliza Hashim tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul mengenai perkara itu.

Nina bersama dua anaknya yang masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Noorhasliza berkata dia sudah terbiasa melakukan rutin itu setiap kali bekerja di luar kawasan.

"Benda tu saya dah selalu buat. Bila saya selalu outstation ada program apa semua saya memang akan sediakan siap-siap makan pakai suami dan anak-anak.

"Bila dah tak ada lima hari tu mestilah saya akan sediakan segala benda yang saya biasa buat. Kita dah jadi mak-mak ni lain. Daripada saya rasa tak senang duduk kat sana nanti baik saya sediakan siap-siap untuk mudahkan suami," katanya kepada mStar.

Mesra disapa Nina, wanita berusia 34 tahun itu turut mengakui melakukan perkara sama dalam rutin hariannya.

"Setiap hari pun saya akan sediakan baju kerja saya, baju sekolah anak, baju kerja suami. Setiap malam selagi tak susun pakaian anak-anak saya memang tak boleh tidur.

"Bukan apa saya nak mudahkan kerja. Bila anak-anak saya siap mandi mereka terus pergi katil ambil barang masing-masing. Semuanya dah tersedia. Semua jadi mudah dan cepat.

Baju anak-anak Nina yang siap disusun untuk kegunaan sepanjang tempoh lima hari itu.

"Dah alang-alang saya cari dan susun baju anak-anak, apa salahnya saya buat sekali untuk suami. Benda tu mudah dah ada dalam almari, saya pun carikan sekali dan letak," katanya.

Nina bagaimanapun terkilan dengan kata-kata netizen yang menyifatkan suaminya sebagai 'useless'.

"Mula-mula saya gelak baca komen tapi bila ramai cakap suami saya useless , OKU... saya rasa kesian kat suami. Kalau suami saya useless takkan saya berani tinggalkan anak dengan dia.

"Malah saya sanggup jumpa bos saya beritahu saya tak berani tinggalkan anak saya kalau betul suami saya useless. Saya buat semua tu sebab saya rasa tanggungjawab saya tinggalkan dekat dia selama lima hari tu.

"Lagipun suami terpaksa cuti sebab nak jaga anak kami. Jadi apa salahnya saya mudahkan kerja dia. Saya tahu suami saya macam mana. Kami saling bantu-membantu antara satu sama lain," katanya.

Kata Nina lagi, suaminya sebenarnya seorang yang ringan tulang dan sering membantunya dalam melakukan kerja rumah.

Baju sekolah anak-anak turut diseterika dan digantung rapi sebelum Nina bekerja di luar kawasan.

"Suami saya dia kerja syif. Tak de point pun cakap dia tak tolong saya sebab pagi-pagi dia akan hantar anak saya yang sulung pergi sekolah. 

"Lepas tu dia hantar anak kedua saya pergi tadika. Saya pula dekat rumah sediakan makan, bekal apa semua. Kain baju pula dia akan sidai.

"Saya juga jenis tak suka buang sampah, jadi dialah yang akan buat. Tak semua perkahwinan tu sempurna jadi kami saling melengkapi antara satu sama lain," katanya.

Mengenai air fryer yang menjadi perbalahan netizen di Twitter, Nina menegaskan dia hanya mahu memudahkan suaminya untuk memanaskan semula makanan yang sudah disediakannya.

Selepas insiden tu saya dah tak berani nak post apa-apa dekat status WhatsApp dan media sosial. Jadi trauma sebab tak pernah kena macam ni. Saya faham niat orang yang share tu sebab kagum tapi tak semua suka cara saya.

NOORHASLIZA HASHIM

KAKITANGAN KERAJAAN

"Saya mudahkan dia guna air fryer tu sebab kadang-kadang lelaki bukan ingat benda tu. Dia dekat rumah hari-hari akan tanya saya nak masak ayam suhu berapa ye?

"Benda macam tu mana suami nak ingat. Tanggungjawab mereka lagi banyak, buat apa nak ingat benda remeh-temeh. Baik tanya isteri. Sebab tulah saya letak suhu siap-siap dengan minit sekali.

Lauk pauk yang siap dimasak dan dilabel untuk memudahkan suaminya.

"Saya pun letak dalam peti sejuk. Suami hanya panaskan saja lauk-lauk tu. Suami saya juga bukan tak kenal mana fishball mana ikan.

"Dia dulu tukang masak dekat kafe hotel. Bila dah kahwin mungkin dia rasa saya masak lebih sedap dari dia. Tapi bila saya sakit memang dialah yang masak," katanya.

Nina juga mendedahkan dia turut menceritakan komen-komen tidak berasas itu kepada suaminya selepas kisahnya tular di media sosial.

"Saya terkejut jugalah masa dekat Sarawak Jumaat lepas. Saya tahu pun dari mesej kawan dekat grup WhatsApp beritahu saya dah viral. Sebenarnya gambar-gambar tu saya post dekat status WhatsApp saya.

"Saya sempat baca malam Ahad sebab busy handle program. Saya call suami beritahu ramai kecam dia. Suami cakap mereka yang kecam ni duduk sekali dengan kita ke?

"Selepas insiden tu saya dah tak berani nak post apa-apa dekat status WhatsApp dan media sosial. Jadi trauma sebab tak pernah kena macam ni. Saya faham niat orang yang share tu sebab kagum tapi tak semua suka cara saya," katanya.

Tweet seorang netizen mendapat pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Posting yang dimuatnaik seorang pelayar Twitter dengan kapsyen 'Aku salute dengan mommy macam ni. Makan pakai suami dan anak terjaga walaupun dia outstation selama lima hari. MasyaAllah moga one day aku menjadi seperti mommy ini juga' turut mendapat respons positif netizen.

"Ni bukan masalah suami dia pemalas atau tak reti nak buat. Ni soal betapa ikhlasnya isteri dia memasak. Betul-betul tahu erti tanggungjawab. Dia risau takut anak-anak dan suami makan tak terjaga walaupun boleh je beli kat kedai. Such a good mother and wife. Respect," tulis Hilda.

"Sis! You are very intelligent. Betul apa you cakap. Lelaki pun ramai yang pandai berdikari tapi bila dah jadi ibu-ibu, she just wanna be extra but nothing is wrong with it. Kan!" kata Alice.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Nini, isteri, outstation, air fryer, tagging, baju

Artikel Lain