suria

PKP: Bersedia untuk duduk di rumah lebih lama

Status terbaharu PKP bakal diumum pada Jumaat.

BERBAKI lima hari sahaja lagi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua berakhir, ramai yang sedang bersedia jika ia disambung lagi.

Mesyuarat di peringkat kerajaan juga sedang dijalankan yang mana kabinet membincangkan beberapa pilihan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP dilanjutkan atau ditamatkan 14 April? Keputusan bakal diketahui dalam tempoh 72 jam

Satu sumber kerajaan memberitahu wujud perbincangan untuk membuka lebih banyak aktiviti ekonomi bagi membolehkan industri tertentu beroperasi biarpun PKP dilanjutkan.

"Mesyuarat kabinet semalam membincangkan kemungkinan PKP dilanjutkan lebih 14 April, khususnya bagi membuka lebih banyak aktiviti ekonomi dalam persekitaran terkawal.

"Menteri-menteri diberitahu untuk bersiap dengan semua kemungkinan yang berkaitan dengan portfolio mereka sebagaimana dipersetujui aktviti ekonomi tidak bergerak terlalu lama.

"Dalam fasa pertama dan kedua, perkhidmatan penting dan perkhidmatan tidak penting terpilih dibenarkan beroperasi untuk memastikan bekalan produk dan perkhidmatan mencukupi.

"Untuk sekolah, kelihatan seperti hanya kelas dalam talian buat masa ini," ujar sumber itu.

Menurut laporan pada Rabu, kerajaan dijangka mengumumkan status PKP dalam tempoh 72 jam iaitu pada Jumaat. - The Star.

PKP, perkhidmatan penting, ekonomi

Artikel Lain