suria

Jumlah kes Covid-19 terus meningkat kepada 2,908, terkini 45 kematian

Malaysia mencatatkan 45 kes kematian Covid-19 setakat Rabu.

JUMLAH kematian akibat penularan Covid-19 meningkat kepada 45 kes dengan angka positif wabak turut meningkat.

Perkara ini dimumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu.

Menurut Dr Noor Hisham, sehingga kini terdapat 142 kes baharu Covid-19, sekali gus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,908 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Kematian di rumah antara 6 korban terbaharu Covid-19, jumlah terkini 43 orang

"Sehingga kini, seramai 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 66 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya ketika sidang media, pada Rabu.

Menurut Dr Noor Hisham lagi, terdapat 108 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada Rabu.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 645 kes iaitu 22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya lagi.

Berikut adalah butiran kes baharu kematian Covid-19:

1) Kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-115). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 4.30 pagi.

2) Kes kematian ke-45 (kes ke-1053) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19(kes ke-486). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac2020 jam 10.46 malam.

Covid-19, kematian, korban

Artikel Lain