suria

Peperiksaan PSRA di Selangor tetap dijalankan esok - Jais

Gambar hiasan.

PEPERIKSAAN Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di Selangor yang bermula pada Isnin sehingga Jumaat ini, akan tetap dilaksanakan walaupun berlaku jerebu di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, berkata PSRA hanya akan ditangguhkan sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai bacaan 300.

Sehubungan itu, pelajar yang mengambil PSRA di Klang dan Kuala Langat, perlu menduduki peperiksaan terbabit.

" Pelajar lain telah dimaklumkan tidak perlu hadir ke kelas kecuali calon yang terbabit dengan peperiksaan PSRA," katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berkata 57 buah sekolah di daerah Kuala Langat dan Klang akan ditutup pada Isnin.

Arahan penutupan itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Johan Setia melebihi 200, setakat pukul 2 petang Ahad. - BERNAMA

PSRA, Selangor, Jais

Artikel Lain