suria

17 Pelajar Yang Ditahan Polis Sebahagian Besarnya Bekas Penuntut IPTA Yang Digugurkan

PUTRAJAYA: Kesemua 17 pelajar universiti yang ditahan selepas enggan bersurai selepas mengadakan demostrasi di hadapan pintu masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal pagi tahun baru didapati mempunyai hubungan dan kaitan dengan parti politik.

Jemaah menteri dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun diberi taklimat berhubung kejadian itu dalam mesyuarat kabinet Rabu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hampir kebanyakan pelajar yang ditahan itu bukanlah pelajar UPSI.

Malah adifahamkan sebahagian besar daripada mereka juga mempunyai rekod CGPA yang rendah. Khaled mengesahkan bahawa terdapat beberapa pelajar yang berdemo itu merupakan pelajar yang telah pun digugurkan daripada beberapa buah universiti awam setelah memperolehi markah yang terlalu rendah.

"Apa yang pasti kata Khaled mereka ini telah dipergunakan oleh beberapa buah parti politik untuk tujuan tertentu," katanya.

Khaled mengesahkan bahawa beliau telah memaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri berhubung kejadian itu dan menambah, hasil rakaman yang dibuat oleh pihak universiti mendapati tidak kelihatan kekasaran daripada polis sebagaimana yang didakwa oleh kumpulan ini.

Demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia itu telah dihadiri lebih kurang 70 orang pelajar dari pelbagai universiti (kebanyakkannya swasta) di luar pintu masuk ke UPSI di Tanjung Malim, Perak, menuntut supaya dihapuskan Akta Universiti dan Universiti Kolej sepenuhnya.

Mereka juga memprotes keputusan UPSI yang mahu mengambil tindakan disiplin ke atas Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera yang tertera wajah perdana menteri di hadapan menara PWTC 17 Disember lalu.

Artikel Lain