suria

Masih belum terlambat beri sumbangan TajaBerbuka.Com

-foto Serantau Muslim

RAMADAN kali ini, Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) memperkenalkan misi bantuan berbuka puasa untuk golongan yang memerlukan.

Melalui penjenamaan projek TajaBerbuka.Com, Serantau Muslim telah menganjurkan program iftar di beberapa buah negara termasuklah Myanmar, Nepal, Thailand, Bangladesh dan di Malaysia.

Kali ini, Serantau Muslim telah memilih Laos untuk meneruskan misi bantuan tersebut. Negara minoriti muslim ini mempunyai kurang daripada 1,000 umat Islam tetapi mereka hidup dalam keadaan sangat harmoni.

TajaBerbuka.Com telah memperuntukkan sebanyak RM2,500 bagi menaja kira-kira 250 orang yang mana nilai setiap seorang adalah RM10. Majlis tersebut telah diadakan di Masjid Al-Azhar 21 Mei lalu.

-foto Serantau Muslim

Menurut Pengurus Besar Serantau Muslim, Mohd Hakim Mohd Nor, pihaknya mensasarkan negara-negara minoriti muslim sebagai lokasi penganjuran program TajaBerbuka.Com.

Katanya, program tersebut antara lain bertujuan untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan menyambut bulan Ramadan yang mulia serta dilimpahi rahmat.

"Alhamdulillah, misi TajaBerbuka.Com yang dicetuskan oleh Serantau Muslim mendapat respon yang sangat positif daripada para penyumbang.

"Namun kami masih memerlukan tajaan yang lebih lagi bagi menampung pelbagai program yang telah dirancang sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.

Jelas beliau, masih belum terlambat untuk para dermawan mahu menyampaikan sumbangan melalui TajaBerbuka.Com yang mana kata beliau pihaknya masih membuka peluang kepada semua untuk bersama-sama menjayakan misi ini.

Dalam pada itu, Imam Masjid Azhar di Vientiane, Vina Ahmad ketika ditemui berkata, beliau menguncapkan jutaan terima kasih kepada Serantau Muslim kerana menganjurkan program TajaBerbuka.Com di masjid tersebut.

Katanya, pihaknya sangat mengalu-alukan sumbangan dan penganjuran sebarang program khususnya di bulan yang mulia ini bagi sama-sama memeriahkannya.

Serantau Muslim, tajaberbuka

Artikel Sebelum

Artikel Lain