"Harley Bikers Ride" Program Kesedaran Kanser Payu Dara

Diterbitkan: Ahad, 6 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Hap Seng Consolidated Berhad, Harald Behrend (berdiri,kiri) bersama Pengurus Pink Challengers, Barbara Delaney ketika melepaskan konvoi motosikal Harley pada Kempen Kesedaran Barah Payu Dara bersama Penunggang Motosikal Harley Davidson di Kuala Lumpur, Ahad.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Hap Seng Consolidated Berhad, Harald Behrend (berdiri,kiri) bersama Pengurus Pink Challengers, Barbara Delaney ketika melepaskan konvoi motosikal Harley pada Kempen Kesedaran Barah Payu Dara bersama Penunggang Motosikal Harley Davidson di Kuala Lumpur, Ahad.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Pemilik Harley (HOG) Malaysia Chapter bergabung dengan Pink Challengers, pasukan perahu naga Breast Cancer Survivor yang pertama di Malaysia, menyebarkan mesej kesedaran kanser payu dara pada satu acara di sini, Ahad.

Membabitkan lebih 70 penunggang, acara bertema "Bums on Bikes for Breast Cancer" itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai kanser payu dara dalam kalangan lelaki.

Kumpulan itu dilepaskan di Menara Hap Seng di ibu negara pagi Ahad oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Hap Seng Consolidated Berhad Harald Behrend dan dijadual menamatkan perjalanan mereka di Pusat Beli-Belah Aeon Seremban 2 di Seremban, Negeri Sembilan.

Pengurus acara Pink Challengers, Barbara Delaney berkata pengesanan awal telah menyelamatkan banyak nyawa dan menurutnya wanita dan lelaki daripada semua lapisan masyarakat boleh kena penyakit kanser payu dara.

Sementara itu, anggota HOG, Larry Yap, 40, berkata HOG menyokong penuh program meningkatkan kesedaran mengenai kanser payu dara dalam kalangan lelaki.

"Saya baru-baru ini mendapat tahu mengenai maklumat ini dan saya berpendapat penting untuk lelaki menjalani pemeriksaan kanser payu dara," katanya.

Satu-satunya penunggang wanita dalam kumpulan itu ialah Rina Bachtar, 36.

Rina yang menunggang motosikal Harley Davidson menyertai kumpulan itu bagi menyokong program itu dalam usaha mendorong suaminya, Afnizul Md Zain, 53, yang turut menunggang Harley Davidson dalam program hari ini untuk menjalani pemeriksaan kanser payu dara.

"Saya gemar menunggang Harley saya. Saya lakukannya setiap hujung minggu jadi apabila Pink Challengers meminta saya menyertai program ini, tiada halangan untuk saya, saya perlu menyertainya dan malah mengajak suami saya menyertainya dan memberikan sokongan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan