Ibu Bapa Anak Istimewa Perlu Kaunseling

Diterbitkan: Khamis, 20 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rosli dan isterinya Fatimah (bukan nama sebenar pasangan itu) tidak dapat berkata apa-apa bila pakar obstetrik yang menyambut kelahiran anak mereka memberitahu bahawa anak mereka mempunyai penyakit genetik Sindrom Down.

"Episod itu berlaku empat tahun lepas. Pada mulanya kami tidak percaya apa yang diberitahu oleh doktor dan ia sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Kemudian kami sedar akan hakikatnya dan reda dengan ketentuan itu," jelas peguam yang berumur 45 tahun itu kepada penulis.

Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa memang menghadapi pelbagai masalah, akui Rosli. "Adakalanya mereka rasa tidak boleh mengawal situasi yang wujud di sekeliling mereka seperti ada yang menuduh bahawa hanya beliau seorang sahaja yang melakukan kerja (berkenaan anak) manakala pasangannya tidak berbuat apa-apa. "Wujud juga masalah emosi bila ibu atau bapa mungkin tidak berapa menyumbang bagi menghadapi tekanan emosi. Kadangkala ada ibu bapa yang melahirkan perasaan marah atau mengalami kemurungan kerana tekanan emosi yang mereka hadapi," kata beliau.

Menurut Rosli, ibu bapa anak istimewa perlu bantuan bagi mengekalkan dan mengukuhkan perhubungan antara suami dan isteri. Mereka perlu belajar bagaimana menjaga diri dan anak yang memerlukan keperluan istimewa.

KAUNSELING Petugas sosial, Jamie Chong berkata kaunseling membantu ibu bapa yang mempuyai anak istimewa.

"Ada banyak perkara yang di luar kawalan kita tetapi ada juga beberapa perkara yang kita boleh kawal. Ibu bapa ini harus juga diingatkan tentang ada perkara yang mereka punya kawalan serta berupaya mengubahnya. Kata Chong, ibu bapa boleh belajar menghormati cara dan gaya satu sama lain dalam menjaga anak, berkomunikasi dan bertolak ansur.

Jadi, selain daripada hanya bertindak mengikut perasaan dan reaksi mereka boleh menyelesaikan sebarang masalah secara proaktif, kata beliau. "Ibu bapa perlu menghormati emosi pasangan mereka. Individu yang berlainan punya emosi yang berlainan. Contohnya, ada yang mempamerkan emosi secara terbuka. Ada yang cuba menyembunyikannya dengan melakukan aktiviti lain.

"Ini adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Untuk dapat menjaga anak istimewa dengan sepenuhnya, ibu atau bapa perlu berupaya menjaga diri mereka sendiri dan pasangannya dari segi aspek emosi dan fizikal. "Anda perlu juga menjaga perhubungan suami dan isteri. Jika anda dalam keadaan baik dan perhubungan anda dan pasangan adalah segar maka anak istimewa anda akan turut 'segar' dan mampu mencapai potensi terbaiknya," kata Chong.

KEBAIKAN KAUNSELING

Kaunseling berupaya mempertingkatkan nilai hidup seseorang itu dan keluarganya dari banyak segi termasuk perhubungan dalam keluarga akan menjadi lebih kukuh dari segi emosi dan fizikal.

"Anak istimewa akan dapat dijaga dengan lebih baik dan kehidupan sekeluarga juga akan menjadi lebih baik," katanya.

Menurut Chong, ada juga ibu bapa yang berasa takut bila diberitahu anak mereka yang baru dilahirkan mempunyai masalah genetik dan tergolong dalam anak istimewa. "Ada juga yang rasa bersalah serta kecewa seolah-olah diri mereka tidak berguna. Mereka yang mempunyai emosi sebegini perlu dibantu supaya segala tenaga dan fikiran dapat ditumpukan untuk kebaikan ibu, bapa dan anak. "Bila keluarga itu terlampau fokus terhadap diagnosis dan rawatan anak mereka, kadangkala keperluan keluarga itu ada juga yang terlepas pandang.

"Terdapat gangguan emosi bila anak didiagnosakan sebagai anak istimewa tapi kehidupan keluarga ini adalah seolah-olah mengupas helaian kulit-kulit bawang di mana ibu bapa akan menghadapi pelbagai cabaran berulang kali dalam membesarkan anak itu," kata Chong.

Kadangkala bila menghadapi cabaran semasa membesarkan anak istimewa, timbul pula masalah dalam hubungan ibu bapa yang sedia wujud atau yang baru muncul, kata beliau. "Ini semua adalah perkara yang normal bagi ibu bapa yang mempunyai anak istimewa dan segala masalah yang timbul boleh diringankan dengan mendapatkan kaunseling," tambah beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan